28/04/2026
Perasan tak kenapa bilik ni nampak expensive walaupun simple je?
Sebab dia sebenarnya bijak main dengan elemen yang betul. Bukan sumbat macam-macam barang, tapi lebih kepada kualiti dan susunan yang minimalist.
• Headboard Tinggi: Nampak tak headboard yang ada vertical line tu? Secara psikologinya, dia tarik mata kita pandang ke atas. Terus siling rasa tinggi dan bilik rasa luas macam hotel lima bintang.
• Warna Mahal: Dia tak guna warna terang-terang yang menyakitkan mata. Dia main soft tones macam beige, coklat, dengan sikit grey. Color palette macam ni buat kita rasa tenang dan clean je bila masuk.
• Lighting Berlapis: Dia tak harapkan satu lampu kat tengah siling tu je. Ada layered lighting mungkin ada warm light kat tepi katil atau hidden light. Itu yang buat suasana rasa cozy dan eksklusif, terutamanya waktu malam.
• Langsir Siling ke Lantai: Ini trick paling senang nak nampak mewah. Pasang langsir dari siling sampai cecah lantai. Terus nampak grand!
• Main Dengan Tekstur Walaupun furniture tak banyak, bilik ni tak nampak kosong sebab ada texture. Ada kain linen, bantal yang empuk, dengan carpet tebal. Benda-benda ni yang buat ruang tu rasa rich.
Kesimp**annya, nak nampak mewah ni bukan pasal penuhkan barang, tapi pasal macam mana kita balance kan semua elemen tu bagi nampak harmoni. Less is definitely more.
Cuma satu je masalahnya, bila bilik dah nampak mahal macam ni, kita p**a rasa macam tak layak nak masuk sebab bimbang habuk dari luar mencemarkan kawasan. Terpaksalah mandi bunga dulu baru berani baring atas katil.