Deco Rumah Murah

Deco Rumah Murah Idea untuk keperluan rumah anda ada di sini. Kami sedia membantu anda.

HUTANG RUMAH SAMPAI KIAMAT 1. Pada tahun 2007, saya berumur 25 tahun dan bercita-cita besar nak ada rumah sendiri. 2. In...
08/03/2025

HUTANG RUMAH SAMPAI KIAMAT

1. Pada tahun 2007, saya berumur 25 tahun dan bercita-cita besar nak ada rumah sendiri.

2. Ini mungkin akibat serik berpindah-pindah sejak kecil dari satu rumah sewa ke rumah sewa yang seterusnya.

3. Memandangkan pendapatan ayah saya tak besar dan dia tak layak ambil loan, jadi terpaksa la kami menyewa sahaja.

4. Maka dengan cita-cita nak ubah kehidupan keluarga. SAYA NAK MILIKI RUMAH "SENDIRI".

Kebodohan 1 : Miliki rumah sendiri dan miliki rumah yang dimiliki bank adalah perbezaan besar.

5. Jadi saya cuba cantikkan bank statement saya supaya dapat tipu bank untuk dapat loan rumah.

6. Mula dengan ambil kad kredit dan bayar on time, untuk develop credit rating sebagai "good paymaster"

7. Selepas tu saya dapat rumah pilihan saya di Taman Dagang, Ampang dengan harga RM 280,000.

8. Saya mula submit loan kt semua bank, semua reject dan akhirnya hanya satu bank approved iaitu OCBC Bank.

9. Punyalah seronok dapat loan tu, sampai cerita kat semua orang. Kononnya ini satu Kejayaan.

Kebodohan 2 : Loan approve bukan Kejayaan.

10. Jadi waktu tu, memang tak baca apa-apa agreement dan terus sign tanpa banyak soal. Agreement tu tebal dan tak ada siapa akan baca.

11. Bayaran installment waktu tu RM 1800 sebulan.

(Tanpa sedar, interest waktu tu setiap bulan adalah RM 1600. Jadi hutang ini akan berkurang hanya RM 200 sebulan)

12. Awal-awal tu bayar ok sampai satu time tu waktu tengah susah, terlepas bayar beberapa bulan.

13. Bila dah terlepas bayar, rupanya bank ada kuasa untuk increase interest tanpa beritahu.

(Interest naik dan interest bulanan dah jadi RM 1800 berbanding RM 1600 sebelum ini.)

Jadi saya akan bayar installment RM 1800 sebulan dan interest juga RM 1800. Hutang takkan berkurang. Sama ja mcm bayar sewa.

14. Satu hari bank OCBC call dan bagitau mereka berbesar hari nak offer untuk turunkan bayaran bulanan untuk memudahkan saya bayar.

Saya terharu dan happy sangat. Terhutang budi sangat dengan bank Singapura yang berhati mulia ni.

15. Mereka offer untuk turunkan installment kepada RM 1600. Saya pun setuju la.

16. Saya bayar setiap bulan RM 1600 selama 3-4 tahun lamanya.

17. Sampailah satu hari dapat statement tahunan dan saya terkejut beruk. Kenapa hutang aku ni makin lama makin bertambah.

18. Sebabnya.

Installment RM 1600
Tolak interest RM 1800

Jadi hutang akan bertambah RM 200 sebulan.

19. Bila hutang bertambah, interest pun bertambah lagi. Sebab interest ni adalah interest atas baki hutang.

20. Interest yang mulanya RM 1600 berkembang jadi RM 1800 dan berkembang lagi jadi RM 2000 dan RM 2200 setiap bulan.

21. Pada tahun 2011 camtu, saya mula sedar hutang yang diambil hanya RM 250,000 camtu dah berkembang jadi hampir RM 300,000.

22. Credit score cantik. Tak ada payment yang miss tapi hutang terus bertambah.

23. Ya ALLAH, barulah mula faham kenapa dalam Quran mengutuk keras orang yang mengambil dan memberi riba ni.

24. Saya cuba hubungi bank, tak dapat jumpa orang atasan. Staff bawah semua jawab memang takleh buat apa.

25. Saya pergi ke Bank Negara, orang Bank Negara kata, ini memang dah ada dalam agreement dan dia mintak jumpa dan deal dengan bank.

26. Saya ke lobi bank OCBC di KL, saya tanya hanya satu soalan kat pegawai bank tu.

KALAU SAYA BAYAR LOAN INI SAMPAI KIAMAT SEKALIPUN, HUTANG NI TAKKAN SELESAI.

MALAH HUTANG AKAN BERTAMBAH.

27. Akhirnya seorang pegawai wanita Cina datang cakap baik-baik dengan saya.

28. "Encik, to tell you the truth, this is a trap and you have to find way to put some big amount of money to pay the principal amount" Bisik amoi ini kepada saya.

29. Menyedari memang saya terperangkap dengan hutang sampai kiamat ni. Saya nekad untuk cari solusi dan INSAF.

30. Apa saya buat, mulai hari itu saya masukkan semua pendapatan saya untuk bayar PRINCIPAL AMOUNT.

31. Ini satu lagi perangkap, kalau kita transfer saja. Bank takkan potong principal. Dia akan simpan duit tu sebagai installment masa depan.

32. Jadi memang setiap kali ada duit, KENA PERGI KAUNTER DAN CAKAP NAK BAYAR PRINCIPAL AMOUNT.

33. Alhamdulillah hasil buat Kursus Borong China waktu tu, setiap kali habis kursus saya akan bayar hampir semua duit yang dapat untuk bayar principal amount.

34. Sejak dari itu, memahami perangkap bank dan hutang ni. Saya beli semua benda lain hanya secara cash.

35. Rupanya, bila mind set berubah bahawa

A. RUMAH BUKAN ASET YANG SENTIASA NAIK HARGA.

B. BANK BUKAN MULIA.

C. RIBA HARAM.

36. Bila mind set berubah, rezeki mula masuk mencurah-curah. Sejak tu boleh ja beli apa pun cash.

37. Dan saya sedih tengok orang dok tayang rumah dan kereta yang dibeli secara loan. Sebab tu bukan rumah kita.

Dan kemungkinan besar takkan jadi rumah kita pun sampai kiamat.

38. Alhamdulillah dan kebahagiaan sebenar adalah bila kita hidup bebas hutang.

Realiti ini susah untuk digarab, tapi saya sarankan sesiapa untuk mencuba dan yakin dengan rezeki ALLAH.

Ada kawan-kawan yang dok ceramah tabliq merata-rata pun tanpa segan silu bayar riba.

39. Nasihat saya, bila ambil loan bank. Check berapa amount interest sebulan berbanding installment. Dengan keadaan OPR makin naik ni, lagi BAHAYA keadaan ini.

40. Nasihat kedua, sentiasa cuba bayar prinsipal amount secepat yang boleh. Tangguhkan bercuti atau benda-benda tak perlu dan dapatkan kepuasan dari membayar prinsipal.

Paling baik, jangan ambil langsung loan dan terlibat dengan riba.

Wallahu A'lam.

Kredit : Shahabudin Jalil

Gambar sekadar hiasan.

Minimalist ni cantik. Bila anak anak semua dh besar dah umur 17-20 rumah pon dh tak bersepah. Perabot pon dah banyak jua...
03/02/2025

Minimalist ni cantik. Bila anak anak semua dh besar dah umur 17-20 rumah pon dh tak bersepah. Perabot pon dah banyak jual sebab nak nampak luas sikit rumah.

Tapi min rindu jugak nak dengar suara budak2 main. Rumah bersepah dgn mainan. Best kan. Tunggu la diorang kahwin bawak cucu😘😘

🩷
28/01/2025

🩷

Contoh rumah anti banjir. Cantik kan 🥰🥰Min s**a yang No 2 tu.
22/01/2025

Contoh rumah anti banjir. Cantik kan 🥰🥰

Min s**a yang No 2 tu.

Retirement plan 🥰🥰
22/01/2025

Retirement plan 🥰🥰

07/01/2025
Dah nk hujung tahun ni. Saving tahun ni apa kata kita tukar sikit. Hihi Tips dari abang manKredit: Abang man
21/12/2023

Dah nk hujung tahun ni. Saving tahun ni apa kata kita tukar sikit. Hihi

Tips dari abang man

Kredit: Abang man

Decorasi bertemakan vintage ala2 di turkey p**ak. Cantik. Kemas dan classic. Kredit- Pham Lè Trung Hièù
02/10/2023

Decorasi bertemakan vintage ala2 di turkey p**ak. Cantik. Kemas dan classic.

Kredit- Pham Lè Trung Hièù

Cantik nya rumah dia. Luaran kecil. Dalam luas. 🥰🥰
29/07/2023

Cantik nya rumah dia. Luaran kecil. Dalam luas. 🥰🥰

MAE adalah apps paling tak guna buat masa ni dari Maybank. Rasanya ramai yang dah menyampah dengan apps ni. Saya bab nak...
24/07/2023

MAE adalah apps paling tak guna buat masa ni dari Maybank. Rasanya ramai yang dah menyampah dengan apps ni. Saya bab nak migrate secure2u ke atau benda lain saya tak kisah lagi walaupun kejap-kejap saya kena unlink apps ni dengan M2U saya.

Yang paling saya bengang, kau dah la paksa semua pemegang akaun kau pakai apps ni. Lepas tu setiap akaun perlu pakai device yang berbeza.

Makna kata, kalau kau ada dua akaun Maybank. Kau kena ada dua device untuk download apps ni untuk dua akaun. Bangang kan? Kan menyusahkan pengguna tu. Dah la ekonomi tak berapa nak baik. Kau tambah beban p**a pada pengguna.

Apps sebelum ni tak ada masalah pun. Satu apps boleh handle lebih dari satu akaun walaupun secure2u tu kena access dari MAE.

Tiba-tiba kau ubah benda ni secara paksa lepas tu dengan selambanya kau wajibkan penggunaan device berasingan.

Apa masalahnya access semua akaun dari device dan apps yang sama?

Boleh jadi orang nak beli satu lagi HP semata-mata nak download apps MAE ni.

Kau dah kenapa?

Saya call Customer Service, dia jawab mudah je. Untuk keselamatan. Eksyen p**ak tu menjawab.

Kau langsung tak fikir beban penggunakan? Atau kau sebenarnya nak paksa pengguna gunakan apps kau sebab dalam tu ada fungsi marketplace yang sendu?

Untuk pengetahuan korang. Saya ada 3 akaun dengan Maybank. Satu akaun partnership saya kena gunakan apps M2U Biz My. Dua lagi (akaun personal dan sole prop) sebelum ni boleh guna apps M2U My yang lama. Sekarang dua-dua kena guna apps MAE tak berguna ni. Nasib baik yang akaun partnership tu masih guna apps yang sama.

Kepada pihak Maybank. Kau fikir la sikit sebelum ubah apa-apa macam syok sendiri kononnya atas faktor keselamatan. Kalau dah satu akaun hanya boleh guna untuk satu device, apa kejadahnya?

Tak payah nak guna alasan arahan Bank Negara atau faktor keselamatan sedangkan sebenarnya kau nak melakukan marketplace sendu kau. Apa-apa pun yang penting jangan la sampai membebankan pengguna.

Jangan sampai ramai-ramai pengguna tutup akaun nanti. Hati dah menyampah sangat dah ni. 😏

Anjat boboy
17/05/2023

Anjat boboy

Address

Batu Pahat

Telephone

+60197420661

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Deco Rumah Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Deco Rumah Murah:

Share

Category