23/07/2026
Too much output volume actually mmg boleh menjejaskan rasa asli,tlmpau rushing kejar duit smpai mknn kita sediakan xda cukup matang boleh kacau rasa..itulaahh sia bilang. TAPI mungkin,MUUUUUNGKIN la,bulan depan hotty potty akan kembali beraksi daily di kawasan dpan2 emart jalan lintas..TAPI JUGA kita hanya ada 3 dish sja but every dish is limited to 5 portion a day..siapa cepat dia dapat hehehe❤️
Kebanyakan peniaga memang berangan nak kedai makan mereka tular dekat media sosial. Maklumlah, bila dah tular, jualan terus mencanak naik dan poket pun makin tebal.
Tapi lain p**a ceritanya dengan seorang peniaga di Foshan, Guangdong ini. Dia punya tak nak terkenal, sampai merayu-rayu dekat orang ramai supaya tak payah singgah kedai dia.
Semuanya bermula apabila kedai kecil milik Pak Cik Mo yang menjual hidangan ayam periuk herba perubatan Cina diserbu ribuan pelanggan. Daging ayamnya yang sangat lembut dan kuah herba beraroma memang diakui padu oleh orang tempatan.
Pop**ariti kedai ini meletup secara tidak sengaja selepas seorang pencipta kandungan makanan terkemuka dengan 10 juta pengikut memuat naik video ulasan di sana. Suasana tenang kedai Pak Cik Mo terus bertukar menjadi kelam-kabut dalam sekelip mata.
Ratusan pelanggan mula beratur panjang dari awal pagi demi mencuba hidangan berherba itu. Ada masa, lebih 200 kump**an terpaksa menanti giliran sehingga melebihi tiga jam.
Malah, ada pelanggan yang sanggup tidur di dalam kereta seawal subuh semata-mata nak dapatkan nombor giliran paling awal. Situasi ini memaksa kedai dibuka lebih lama daripada biasa.
Bagi peniaga lain, ini barangkali rezeki terpijak yang amat dialu-alukan. Namun bagi Pak Cik Mo, sambutan luar biasa ini merupakan satu mimpi buruk yang amat menyiksakan.
Dia mengaku rasa tersangat penat kerana jadual harian bertukar huru-hara. Masa tidurnya terjejas teruk hingga kesihatan badannya mula merosot dan tidak mampu bertahan lagi.
Oleh sebab sudah tidak tahan, Pak Cik Mo merayu kepada pencipta kandungan terbabit supaya berhenti memuji kedainya. Dia secara terbuka memberitahu bahawa hidupnya kini makin susah selepas tempatnya tular.
Bukan itu sahaja, dia siap meletakkan notis amaran khas di hadapan pintu kedai. Notis tersebut memberitahu pelanggan bahawa herba masakan itu boleh membuatkan perut memulas serta kerap ke tandas.
Malah dengan selamba, dia memberitahu pelanggan bahawa masakan kedainya sebenarnya tidak sedap mana dan meminta orang ramai tidak perlu datang lagi. Dia cuma mahu hidup tenang seperti dulu.
Tindakan jujur dan mencuit hati Pak Cik Mo ini mendapat perhatian luas warganet. Ramai yang terhibur tetapi pada masa yang sama kasihan melihat nasibnya.
Kini, premis berkenaan mendapat julukan sebagai kedai makan yang paling enggan terkenal di seluruh China. Tempat ini menjadi bualan hangat di platform media sosial.
Namun hukum alam media sosial memang unik dan sukar dijangka. Semakin kuat pemiliknya merayu supaya tidak datang, semakin melonjak sifat ingin tahu orang ramai untuk menyaksikan sendiri keunikan kedai tersebut.