Resepi Orang Lama

  • Home
  • Resepi Orang Lama

Resepi Orang Lama Masakan Dulu, Cerita Kita
(1)

Kenapa aku rasa lelaki sekarang ni sangat membosankan? Benda simple pon tak boleh buatRepair paip tak tahu,Sinki tersumb...
09/04/2026

Kenapa aku rasa lelaki sekarang ni sangat membosankan?

Benda simple pon tak boleh buat

Repair paip tak tahu,
Sinki tersumbat tak tahu kena buat apa
Drilling pun terhegeh-hegeh
Tukar kepala plag 3pin boleh salah

Normal ke macam ni wei? Ke aku yg pelik sebab tahu buat semua tu 🤔

Korang tak belajar Kemahiran Hidup ke dulu 😭

Letih eh semua nak bayar. Bukan buat sendiri lagi jimat ke? Benda basic kot. Bukan suruh tukar pipeline dalam dinding or tukar wiring satu rumah

Baca macam lawak. Tapi mak mak kena hati hati yaa
14/03/2026

Baca macam lawak. Tapi mak mak kena hati hati yaa

Kalau korang tengah cari pencuci mulut simple tapi sedap gila, resepi ni wajib korang cuba BANANA PUDDING versi omputih ...
01/08/2025

Kalau korang tengah cari pencuci mulut simple tapi sedap gila, resepi ni wajib korang cuba BANANA PUDDING versi omputih 🍌🍮”

Guna bahan mudah: ✅ Puding vanila segera
✅ Susu pekat
✅ Pisang masak
✅ Krim putar
✅ Biskut (guna Nilla wafers lagi ngam)

Tak payah bakar pun, cuma susun-susun je — puding, biskut, pisang, ulang sampai habis. Letak dalam peti ais, esok makan... memang cair dalam mulut! 😍

Aku dah try buat — anak berebut, suami puji, jiran minta resepi!

Resepi: Wan Farah

Anak dah setahun, tapi masih blur nak masak apa 😅"Seriuslah, kadang mak ni pening fikir menu.Nak bagi anak makan sedap, ...
01/08/2025

Anak dah setahun, tapi masih blur nak masak apa 😅"

Seriuslah, kadang mak ni pening fikir menu.
Nak bagi anak makan sedap, tapi kena sihat.
Nak cepat siap, tapi tak nak bagi benda proses sangat.
Fuhh cabaran tau. 😅

Nah 5 resepi untuk anak 1 tahun

Kredit :Momo House

LOMPANG PANDAN TRADISILompang Pandan kali ke 3 buat..puas hati.. Cepat dan senang.. Terima kasih banyak2 pada sahabat Si...
01/08/2025

LOMPANG PANDAN TRADISI

Lompang Pandan kali ke 3 buat..puas hati.. Cepat dan senang.. Terima kasih banyak2 pada sahabat Siti Nardina atas resepi yg dikongsi.. Tak pernah mengecewakan.. 😊😊👍👍👍..ina share balik resepi Dina ye..

💚 1 1/2 cawan tepung beras
💚 1 sb tepung jagung
💚 2 cawan air
💚 5 helai daun pandan
💚 3/4 cawan gula pasir
💚 1 sk air kapur
💚 Sedikit pewarna hijau

💛 tepung beras, tepung jagung dan gula masukkan dlm satu bekas
💛 daun pandan blend dengan 2 cawan air tadi
💛 tapis dalam tepung tadi
💛 masukkan air kapur
💛 tambah sedikit pewarna hijau
💛 kacau sampai sebati(ina guna whisk)
💛 panaskan kukusan sampai air mendidih
💛 acuan oles sedikit minyak
💛 kukus acuan sekejap 5 minit
💛 masukkan adunan dan kukus 15 minit api besar..👌👌

Resepi: Sharina Bidin‎

*🌹RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SERAI RANGUP😍**Bahan Kisar*10 tangkai Cili kering | belah dua, rebus. tos1 biji bwg besar ...
31/07/2025

*🌹RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SERAI RANGUP😍*

*Bahan Kisar*
10 tangkai Cili kering | belah dua, rebus. tos
1 biji bwg besar | saiz sderhana
2 biji bwg putih

Kisar smua bhan di atas dengan sedikit air. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.

*Bahan Perapan Ayam Berempah*
2 sudu besar bahan kisar
1 sb sos tiram
1 sb gula
secubit garam
sedikit jintan manis & ketumbar | ditumbuk
2sb tepung beras
5-6 ketul ayam
8 batang serai

kisar kering sampai hancur
Campurkn ke smua bahan kecuali serai.Gaul rata.

Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkn ke dlm bahan perapan

Kemudian masukkn ayam dan gaul sebati.
Perap selama 30 minit

*Bahan Hampas Serai Berempah*
Baki serai yang dikisar
2 tangkai daun kari
1 sb gula
secubit garam
2sb kari daging
2sb tepung jagung

Campurkn ke smua bahan.Kmudian basahkn dengan sdikit air.
Tak prlu trlalu bnyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkn bahan hampas serai tu je.

*Cara Goreng Ayam*
Selepas perap ayam, panaskn minyak dlm kuali.

Goreng ayam serta masukkn jg daun kari. Goreng hingga garing brtukar keemasan.

Kmudian angkat ayam dan tos.
Guna kuali yg sma, goreng bahan hampas serai.
Masukkn sdikit demi sedikit beserta daun kari juga.
Gaul2 dan hancur2kn hampas msa goreng supaya tk trlalu tebal melekat msa digoreng.

Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos.
Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah
Bau wangi serai, kari, jintan ,ketumbar mmang asyik gila.

Mkn pn non stop je ni🤭

kredit owner asal resepi

KEK COKLAT MOISTA1/2 cwn Air panas1/2 cwn minyak1/2 cwn gula1/2 cwn susu pekat1 sdt asen vanilla1 biji telur(saya x tuli...
30/07/2025

KEK COKLAT MOIST

A
1/2 cwn Air panas
1/2 cwn minyak
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1 sdt asen vanilla
1 biji telur(saya x tulis mcm ni ramai x perasan,ayat kt bawah saya dh tulis,TAPI kalau x letak telur pun boleh,saya dah slalu buat jugak)
-Campur semua bahan kacau sampai gula hancur..lepas tu masukkan telur sebiji kacau lagi hingga sebati

B
1 cwn tpung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1sdt baking powder
1sdt soda bicarbonate

CARANYA:
-ambil bahan B masukkan dalam bahan A tadi kacau sebati..kukus dlm 45minit siap
-loyang/bekas sapu minyak dlu
-Panaskan pengukus hingga air mendidih baru masukan adunan

Kredit:arm ika

Resepi Kek Batik Indulgence  inspirasi dari  ibu Mr.Ali 😎Loyang 7 inciAda 3 lapisan1- Kek batik2- Cream Cheese3- Ganache...
30/07/2025

Resepi Kek Batik Indulgence inspirasi dari ibu Mr.Ali 😎
Loyang 7 inci

Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Ganache
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
👉🏻4 telur ( resepi2 legend kek batik mmg pakai banyak telur, nk kurangkan pun boleh, lain orang lain resepi so chill 🤭)
👉🏻200g butter. (kalau pakai marjerin / buttercup @ butterblend sedikit masin)
👉🏻300 g biskut merry
👉🏻3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
👉🏻2 sudu gula
👉🏻4 sudu susu pekat
👉🏻Secubit garam ( optional) ( again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)

Cara2 nya:
Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut...
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
Dah agak2 pekat, tutup api,biarkan dalam 2-3 minit then baru masukkan biskut.
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit
2- Cream cheese/ indulgence
👉🏻120g whipping cream
👉🏻40 gram gula kastor
👉🏻Setengah sudu kecil essen vanilla
👉🏻250g cream cheese
* gelatin adalah pilihan masing2. nk masuk pun boleh tak nak masuk pun xpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing2.
( gelatin 10 gram + 40 ml air panas( pastikan betul2 panas)
larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair

Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream & gelatin
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
3- Ganache
👉🏻 100 gram whiping cream
👉🏻100 gram dark chocolate
👉🏻satu sudu kecil butter

Double boil kan semua bahan2 di atas. Dah sebati kasi suam2 dulu then baru tuang atas cream cheese tadi Tinggalkan semalaman & boleh makan 😁
Selamat mencuba!

Kredit : Muhammad Ali

Salah guna lain jadinya😂Sumber : suri hati
29/07/2025

Salah guna lain jadinya😂

Sumber : suri hati

Resepi kek coklat puding chesee Karamel Puding Caramel:1,- masukkan 3@4 sdu gula dalam loyang  Msak atas dapur api slow ...
29/07/2025

Resepi kek coklat puding chesee Karamel

Puding Caramel:
1,- masukkan 3@4 sdu gula dalam loyang
Msak atas dapur api slow smpai gula cair dn mnjadi perang......rtakan dlm loyang n biarkan sejuk....
#,- 3 bjik telor
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
250g.cream chese tatura
1 sudu besar perahan lemon
Scubit garam
2 keping roti gardenia
2 sdu esen vanilla
Blend ja smua ni...... msuk ke dlm loyang tdi........kukus selama 20mnit api slow Siap puding tu.....biar sejuk skit...loretkan atas puding dgn garfu skit......pastu msokkan adunan kek ke atas puding tdi perlahan2....kukuskan blik 45mnit....

Resepi kek coklat
Cara2:
Kek coklat:
3 bjik telur #
1/2 cwan gula #
1/2 cawan susu pekat #
1 cawan susu cair #
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 1/2 tpung gndum
1 sdu baking powder
1 soda bikarbonat

Cara2:
Blend ja smua yg bertanda #
Tuang dlm bekas, msokkan minyak, kcau2 rata.
Msukkan tpung,serbuk koko,bking powder,soda
Gaul2 rata,siap....bleh tuangkan ke atas puding tdi perlahan2 gunakn senduk....
Guna loyang saiz 9.

masokkan separuh ja adunan kek tu ke atas puding.... Klu masokkan semua nnti kek akan tebal sgt....
Klu sukakan kek tebal bleh msokkan semua....

kredit: rohaya hassan

RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE ALA SECRET RECIPE---------------------------------------------------Bahan-bahan : 1 peket bis...
29/07/2025

RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE ALA SECRET RECIPE
---------------------------------------------------

Bahan-bahan :

1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
1 sudu serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

*Kalau susah nak cari biskut tiramisu tu boleh ditukar ngan kek span perisa coffee. Ni saya dapat pun beli online. Asal pergi kedai baking asyik sold out. Haihhh 😅

Cara-cara :

1. Pukul gula + cream cheese + whipping cream sampai kembang. (Letak tepi)
2. Bancuh nescafe dengan satu cawan air panas.
3. Celup biskut ke dalam air nescafe & susun dlm bekas kaca/bekas. Jangan celup lama. 1 saat je tau.
4. Tuang sedikit (bahagi 2 ) adunan cream + cheese tadi atas biskut dan ratakan.
5. Ulang step 3 dan 4.
6. Sejukkan dalam fridge.

Hiaskan dengan serbuk koko sebelum potong/makan. Siap. Simple sangattt.

Silakan share.

Credit : Nor Hafizatul Aini

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Orang Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Interior Service?

Share