10/08/2024
Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau takkk? Ibu mane tak seronok kalau anak puji kann. 😍💃
Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur
Bahan-bahan :
- 4 biji telur ayam
- 7 biji fishball (belah dua)
- Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
- 3 ulas bawang putih(dicincang)
- Kiub pati ayam(guna separuh je)
- lada sulah
- Garam
- 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
- Minyak masak
Cara masak :
- Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
- Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
- Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)
- Bila dah nampak telur masak elok seketul - seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Selamat mencuba ye.
Kredit: Nora Azni