Noor Asikin Ebook

Noor Asikin Ebook Ebook Noor Asikin 🌹
https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorasikin bouquet matang

PELUANG CINTA QARISHA🔥🔥🔥“HISH, rimaslah!” Dengusan kasar keluar dari mulut Qarisha. Tudung yang tersarung kemas di kepal...
05/12/2025

PELUANG CINTA QARISHA

🔥🔥🔥

“HISH, rimaslah!” Dengusan kasar keluar dari mulut Qarisha. Tudung yang tersarung kemas di kepalanya terus terlepas lalu dicampak ke atas katil.

Qarisha memandang wajahnya di cermin. Melihat solekan di wajahnya membuatkan hatinya semakin panas. Tisu dicapai, lalu dengan kasar dia mengesat semua solekan yang ada di wajahnya.

“Bencilah!” Segera dicampak tisu ke dalam tong sampah. Mendengar pintu dikuak dari luar, Qarisha terus berpaling memandang ke arah pintu.

Melihat wajah lelaki yang tidak ingin dilihatnya, Qarisha mendengus. “Kenapa masuk bilik aku?”

Zahril, yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik itu, terdiam seketika. Dia memandang wajah Qarisha yang dipenuhi amarah. “Kau dah lupa aku ni suami kau?”

Mendengar perkataan ‘suami’ keluar dari mulut Zahril, Qarisha mengetap kuat bibirnya. Dia takkan lupa baru sebentar tadi mereka diijabkabulkan. Bila memikirkan semua itu, hatinya semakin mendidih.

“Aku tak peduli!” balas Qarisha dengan nada tinggi. “Kau tak ada hak nak masuk bilik aku ses**a hati!”

Zahril menarik nafas panjang. Dia tahu Qarisha masih marah dan tidak s**a dengan perkahwinan ini. Nak buat macam mana, jodoh mereka berdua sudah tertulis. Dan Qarisha tidak boleh menidakkan hakikat itu.

“Qarisha, aku faham kau marah. Tapi tolonglah, kita baru berkahwin. Kita perlu belajar untuk saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.”

“Hormat kau?” Qarisha tertawa mengejek.

“Kau ingat aku akan hormat kau? Hei Zahril, aku berkahwin dengan kau sebab atuk, tau. Kalau bukan sebab atuk yang paksa aku, aku takkan berkahwin dengan kau!”

Zahril diam seketika. Dia tahu Qarisha terpaksa berkahwin dengannya kerana dipaksa oleh atuknya. Nafas dihela, “Kau boleh je tolak. Kenapa kau setuju?”

Qarisha mendengus geram. “Kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Aku tak nak! Tapi atuk ugut nak tarik balik semua harta yang dia berikan kalau aku tak setuju kahwin dengan kau. Jadi, aku terpaksa setuju!”

“Aku faham. Tapi, kita boleh cuba untuk bina hubungan yang baik. Aku tak nak kita terus bergaduh macam ni.” Zahril cuba meredakan keadaan. Dia faham situasi Qarisha. Dia sendiri tidak s**a dengan perkahwinan ini. Di saat yang sama, dia juga tidak ingin menghampakan Dato' Talib dan terpaksa menerima kenyataan ini.

Qarisha mencebik. “Bina hubungan yang baik? Dengan kau? Jangan harap!”

Zahril menghela nafas. Dia tahu Qarisha bukan gadis yang dapat dibawa berbincang. Malas hendak memanjangkan perbualan, dia memilih untuk berdiam diri.

“Kau s**a aku?” Qarisha bertanya dengan nada sinis.

“Sorry?” Zahril bertanya kembali, keningnya terjongket tanda keliru.

“Kau s**a aku, kan?” Qarisha mengulang pertanyaannya, kali ini dengan lebih tegas.

Zahril tercengang. Tidak menyangka Qarisha akan bertanya begitu.

“Aku...” Baru sepatah ayat keluar dari mulut Zahril, Qarisha terus memotong.

“Aku faham. Kau tak perlu cakap apa-apa. Kau tak s**a aku. Kau kahwin dengan aku sebab harta. Aku hanya alat untuk kau dapatkan harta atuk.” Qarisha senyum mengejek.

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










TENGKU RADITH A***N SUAMI UNTUK SEBULAN 🔥🔥🔥“Saya boleh bagi awak sepuluh ribu.”Serta-merta, Radith mengangkat kepala. Ta...
05/12/2025

TENGKU RADITH A***N SUAMI UNTUK SEBULAN

🔥🔥🔥

“Saya boleh bagi awak sepuluh ribu.”

Serta-merta, Radith mengangkat kepala. Tak berkedip matanya memandang wajah Wadina.

“Banyaknya?”

“Tapi, saya perlukan bantuan awak.” Wadina masih teragak-agak. Yelah, dia risau Radith akan fikir yang bukan-bukan tentangnya. Percuma dia dituduh mengambil kesempatan terhadap Radith.

“Bantuan macam mana tu?” Lembut suara Radith menyapa halwa telinga, membuat Wadina sedikit lega.

“Jadi suami saya.”

“Hah? Ja... jadi suami cik?” Ternaik suara Radith akibat terkejut. Sedar akan keterlanjuran suaranya yang tinggi, dia kemudian menunduk. Spontan, jemari memintal-mintal baju.

“Saya tahu ini permintaan yang pelik. Tapi saya benar-benar perlukan bantuan awak. Awak jangan risau. Saya hanya nak awak jadi suami saya untuk sementara waktu aje.”

“Tapi... kenapa?” Radith tergagap dengan suara rendah yang hampir tidak kedengaran.

Wadina menahan senyum. Melihat wajah pucat Radith, pasti lelaki itu tidak menjangka permintaan sebegitu. Menjadi suami dia, siapa pun yang berada di tempat Radith pasti akan terkejut.

“Saya dipaksa berkahwin dengan lelaki yang saya tak s**a. Hanya awak yang boleh bantu saya. Saya janji, saya tak akan menyusahkan awak. Saya tak akan meminta apa-apa selain daripada... bantuan awak. Tak lama. Hanya untuk sebulan.” Wadina merapatkan kedua telapak tangan. Jelas harapan terpancar di matanya.

Radith diam. Hanya matanya yang terus menatap wajah Wadina.

“Awak fikirkan dulu. Saya tak akan paksa awak. Tapi saya harap sangat awak boleh bantu saya. Kita saling memerlukan sekarang ni. Awak perlukan duit, dan saya perlukan seseorang untuk menjadi suami saya selama sebulan.”

“Baiklah, saya setuju.”

“Betul ni, awak setuju?”

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










DUDA SWEET TALKER🔥🔥🔥“Assalamualaikum dan selamat pagi.”Suara serak macho itu cukup untuk membuat seluruh dewan kuliah su...
05/12/2025

DUDA SWEET TALKER

🔥🔥🔥

“Assalamualaikum dan selamat pagi.”

Suara serak macho itu cukup untuk membuat seluruh dewan kuliah sunyi serta-merta, seolah-olah ada aura tersendiri yang menyelinap masuk bersama suara itu.

Isma yang sedang menyelak buku nota, terhenti. Jemarinya kaku di helaian kosong yang belum sempat dicoret. Perlahan-lahan dia angkat kepala.

Dan saat matanya menangkap wajah itu, jantungnya tersentap seketika.

Wajah itu… Ya Allah!

Itu memang Qaleef. Tapi bukan Qaleef yang dia pernah kenal. Qaleef kini tampil segak dengan kot biru gelap membalut tubuh tegapnya, dipadankan dengan kemeja putih dan tali leher kelabu asap. Gaya korporat yang ringkas, tapi cukup kemas dan berkarisma.

Dulu Qaleef tak s**a simpan janggut dan penampilannya pun selalu ringkas. Tapi sekarang… Dia ada misai?

Dahi Isma hampir berkerut tiga lapis.
Bukan misai halus-halus, tapi misai tebal yang dicukur rapi, siap ada janggut trim kemas lagi. Cukup untuk buat Isma tergamam.

Sejak bila Qaleef pakai misai macam tu? Nak masuk geng pelakon veteran ke apa? Misai Qaleef tak ubah macam Mas Doyok. Pelakon lawak dari seberang tu, yang s**a pakai baju bunga dan bersilat depan kamera!

Isma dah mula rasa macam nak gelak. Liur ditelan paksa. Bahagian dalam p**i digigit perlahan, menahan ketawa yang cuba meletup sendiri.

Astaghfirullah… ni lecturer ke, pelawak legend Indo?

Dan waktu itu, satu soalan tak masuk akal melintas dalam kepala.
Qaleef dah kahwin ke sekarang? Dah macam bapa-bapa gayanya. Dan misai tu… kenapalah nak bermisai bagai? Nampak lebih dewasa dari umur sendiri.

Hmm… tak faham betullah dia dengan perangai lelaki tu. Dulu bukan main selekeh, sekarang bukan main berpenampilan. Gaya macam CEO syarikat besar. Kasut pun berkilat, rambut pun elok tersikat. Tapi yang dia tak boleh hadam...

Misai tu! Hmm, tak kena tempat langsung. Nak nampak matang ke, nak tunjuk bergaya? Entahlah...

Rasa macam nak ambil gunting dan terus potong misai tu sekarang juga. Geram p**a tengok!

“Nama saya Qaleef... Dr. Qaleef Nazer. Panggil je Prof. Qaleef,” ucap Qaleef, suaranya jelas melalui mikrofon kecil yang terpasang di kolar bajunya.

“Sepanjang semester ini, saya akan menjadi pensyarah anda untuk subjek Anatomi dan Fisiologi.”

Isma yang asyik menilai penampilan Qaleef dari hujung rambut sampai ke hujung kasut hanya mampu mencebik kecil. Misai itu masih jadi target utama matanya.

Kalau diperhati betul-betul, memanglah Qaleef nampak lebih matang. Tapi gaya dia tu… macam sengaja sangat nak tayang. Tangan tu bukan main rajin pegang hujung misai, kadang usap perlahan, macam tengah bangga dengan ‘aksesori’ baru atas muka tu. Serius Isma rasa nak capai pencukur dan tolong licinkan terus.

“Over,” bisiknya sendiri.

Dan saat itu mata mereka bertaut.
Qaleef pandang tepat ke arah Isma. Sikit pun tak berkedip. Bibirnya terukir senyuman senget. Senyuman yang pernah jadi punca hati Isma cair berkali-kali dulu.

Perlahan-lahan, tangan kanannya naik menyentuh hujung misai. Jari telunjuk dan ibu jari menggulung lembut misai yang rapi itu. Gaya selamba macam pelakon dalam iklan pomade. Renungannya terus terpusat pada wajah Isma.

Isma ketap bibir. Kalau ikut hati, dah lama dia tarik misai tu sampai tanggal! Qaleef sengaja angkat kening, lengkap dengan renungan nakal yang menyirapkan hati. Isma terus mengalih pandang, pura-pura khusyuk belek buku nota.

“Kak Isma! Handsome gila… kan prof kita?!” bisik Kayla di sebelah, tak reti kawal volume suara.

Isma tersedak. Hampir-hampir tercekik air liur sendiri.

“Eh, kenapa kak?”

Isma telan liur, kembali tunduk.

“Ter… telan air liur.”

Padahal dia tergugup. Mana tak gugup, ada sepasang mata miang tak semenggah tu sedang ralit merenungnya tak berkalih.

Haih… seram sejuk rasa bulu tengkuk. Dulu taklah rasa macam ni. Tapi sekarang, dengan gaya dan misai tu. Ya Allah. Rasa macam tengah dinilai oleh Mas Doyok versi local.

Dan tepat pada masa tu, satu suara dari barisan tengah memecah suasana.

“Prof… Prof dah kahwin ke?”

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










NAZRIQ BUKAN SUAMI SEBELAH MATA🔥🔥🔥“Mak… jamban kat bilik air tersumbat.”Puan Suriah terus berubah wajah. “Apa? Ya Allah…...
05/12/2025

NAZRIQ BUKAN SUAMI SEBELAH MATA

🔥🔥🔥

“Mak… jamban kat bilik air tersumbat.”

Puan Suriah terus berubah wajah. “Apa? Ya Allah…” Dia tepuk dahi.

“Jamban p**ak buat hal masa orang tengah ramai!” Dia terus melihat ke sekeliling, mencari siapa yang boleh diminta tolong.

“Macam mana ni? Malu la kalau orang nak membuang pun tak boleh!” Puan Suriah dah mula resah.
Matanya terus melilau, mencari kelibat menantu yang paling dia tak berapa berkenan tu. Geram betul. Dari pagi tadi lagi, dia dah perasan si Nazriq tu langsung tak menyumbang apa-apa pun.

“Nazriq mana?”
Seolah diseru, mata Puan Suriah terus terhala ke arah dapur.
Nazriq yang sedang duduk bersila bersama Zurina, baru saja nak menyuap nasi ke mulut.

“Ya Allah! Elok je laki engkau duduk bersila makan sedap-sedap time orang lain tengah sibuk!” laung Puan Suriah, terus meluru ke arah dapur dengan langkah laju.

Zurina terhenti mengunyah.
“Mak, abang baru nak makan. Dari pagi tak sempat…”

“Tak mati kebulur laki engkau kalau tak makan sekarang! Orang datang kenduri nak membuang, jamban p**ak tersumbat! Jamban tu lebih penting! Suruh dia bangun sekarang pergi baiki sebelum aku naik angin!” bentak Puan Suriah dengan nada makin tinggi.

Nazriq letak sudu perlahan. Riak wajahnya masih tenang, walaupun jelas segan ditegur depan dua orang tetamu yang sedang mencuci tangan di singki. Dia bangun perlahan, tak nak keruhkan suasana.

Zurina terus memaut lengan suaminya.
“Abang makanlah sikit dulu.”

Belum sempat Nazriq beri reaksi, suara Puan Suriah memotong tajam.

“Makan tahu p**a. Kerja tak jalan, tapi tangan laju je nak menyuap. Mentang-mentang dah jadi menantu, terus rasa boleh relaks, ya?”

Nazriq diam. Perlahan-lahan dia melangkah keluar ikut pintu dapur, menuju ke belakang rumah. Zurina memandang langkah suaminya dengan hati yang makin sakit.

“Menantu macam ni kalau tak ditegur, tak jalan kerja. Patutlah makin hari makin sempit rezeki, buat kerja pun sambil lewa.”

Zurina mula rasa geram.
“Mak, kenapa nak suruh suami Zu je yang buat semua tu?”

“Apa salahnya kalau Nazriq sorang yang buat? Dah tahu jamban tu tersumbat, baiki ajelah. Bukan suruh ganti satu kampung pun!” bentak Puan Suriah dengan muka garang.

“Tapi mak, suami Zu pun menantu mak juga. Kenapa suami Zu je yang mak layan macam tu? Abang Faizan tak pernah pun mak suruh dia buat semua tu.”

Puan Suriah angkat bahu, wajahnya langsung tak menunjukkan rasa bersalah.

“Faizan tu sibuk layan tetamu. Hari ni anak dia yang akikah. Lagipun, suami kau tu kerja buruh kasar, kan? Memang kerja dia macam tu. Bukan macam Faizan. Dia kerja bagus, orang hormat dia. Takkan nak suruh dia pegang benda kotor p**ak?”

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










MY HUSBAND SETIA🔥🔥🔥Pandangan aku cepat beralih ke arah Shaza yang berdiri di sebelah kaunter. Mata dia terpaku pada Fari...
05/12/2025

MY HUSBAND SETIA

🔥🔥🔥

Pandangan aku cepat beralih ke arah Shaza yang berdiri di sebelah kaunter. Mata dia terpaku pada Fariz, langsung tak berkedip. Siap dengan mulut yang sedikit terbuka. Reaksi dia jelas terkejut. Atau... mungkin juga terpesona?

Tapi takkanlah Shaza...
Tak mungkin dia ada rasa apa-apa. Kan?

Mungkin dia cuma terkejut tengok Fariz yang sekarang. Yelah, dulu masa zaman uni, Fariz tu kurus kering. Jenis yang orang takkan pandang dua kali pun. Tapi sekarang… lain. Badan dah sado, kulit makin cerah, gaya pun kemas dengan kot putih dan rambut tersisir rapi.

Jujur, aku sendiri kadang-kadang pun ternganga tengok perubahan dia.

“Abang,” Aku panggil sambil melangkah ke arah mereka. Senyuman masih setia di bibir. “Awal ambil anak hari ni?”

“Awal. Jalan pun tak jem sangat. Lagipun rindu kat mama dia,” balas Fariz sambil senyum manja. Dia hulurkan beg plastik berisi botol air anak-anak.

“Abang tunggu kejap ya.” Aku sambut beg tu sambil tersengih. Mata aku sempat jeling Shaza yang masih terkebil-kebil pandang Fariz.

“Ni dia, 50 biji Puding Yam.” Aku letak kotak atas kaunter. “You nak bayar cash atau QR?” Suara aku menyedarkan Shaza dari lamunan yang entah ke mana hala.

Shaza yang tersedar dari leka pandang wajah Fariz terus tersipu.

“Eh, sorry... QR je la. Berapa totalnya?”
Aku sebut jumlahnya. Dia terus buka aplikasi bank, tapi sempat juga curi pandang Fariz dua tiga kali.

“Okay, dah bayar. Thanks ya. Puding ni memang sedap. I yakin pelanggan spa I s**a. Nanti I tolong promote bakery you sekali, okay?”

“Okay, thanks Shaza.”
Tanpa banyak cakap, Shaza terus melangkah keluar. Aku perasan Fariz langsung tak beralih pandang ke arah Shaza walau sesaat pun. Dari tadi, mata dia hanya tertuju pada aku. Hati aku terus rasa lapang. Ini bermakna Fariz tak pandang perempuan lain selain aku. Cukup setia. Alhamdulillah, syukur sangat.

“Abang tak perasan ke siapa tadi tu?” Aku sengaja pancing soalan, nak tengok reaksi dia.

“Siapa? Kawan sayang ke?” Fariz jongket kening, mata dia masih tak lepas pandang aku.

“Shaza. Kawan lama I masa kat uni dulu.”

“Oh… ya ke? Abang tak perasan pun.” Dia capai gelas air atas kaunter, minum perlahan sambil buat muka selamba.
Aku sengaja buat muka tak puas hati.

“Yelah, ada perempuan cantik berdiri sebelah abang tadi, boleh p**ak abang tak perasan?”

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










TERATAI🔥🔥🔥Wahid hampir tersedak liur. Anak tekaknya bergerak turun naik. “Apa kau panggil aku tadi?”“Kanda...”“Ya Allah…...
05/12/2025

TERATAI

🔥🔥🔥

Wahid hampir tersedak liur. Anak tekaknya bergerak turun naik. “Apa kau panggil aku tadi?”

“Kanda...”

“Ya Allah…” Wahid berpaling sedikit, menepuk p**inya perlahan. Sakit. Bukan mimpi.

Dia pandang semula Teratai yang kini berdiri rapat di sisinya, menggenggam hujung bajunya. Masih dengan senyuman malu-malu yang menggugat iman.

“Kau jangan berlakon, boleh tak? Tak ada shooting kat sini. Kamera pun tak ada. Kau ni sebenarnya siapa? Lari dari mana?” Nada suara Wahid mula berubah serius.

Teratai tunduk seketika sebelum kembali angkat kepala, membalas pandangan lelaki itu.

“Dinda lari dari istana...”

Wahid mendengus kecil. “Lari dari istana negeri mana? Negeri kayangan? Jangan-jangan kau lari dari shooting drama, ya? Baju kau siang tadi tu... mesti baju sewa, kan?”

Teratai hela nafas perlahan. “Dinda lari dari Istana Tasura kerana dinda tak sanggup dinikahkan dengan lelaki pilihan ayahanda.”

Wahid ketawa kecil, sinis. “Dan sekarang kau nak aku percaya? Kau harap aku telan bulat-bulat cerita dongeng ni?”

“Kanda, dinda tidak berbohong. Dinda cuma mahu kanda tahu siapa yang sebenarnya telah kanda nikahi.”

Wahid diam. Pandangannya tajam menikam wajah Teratai, seakan mahu mengorek kebenaran yang tersembunyi. Dari raut wajah gadis yang polos itu, dia kelihatan tidak berbohong.
Liur ditelan perlahan. Dia mengalih pandang, malas mahu memanjangkan drama malam itu.

Tanpa berkata apa-apa, dia melangkah ke almari. Tangannya menarik keluar tikar mengkuang yang tersimpan kemas di celah kain cadar dan selimut lama. Dengan langkah longlai, dia membawa tikar itu ke sudut bilik.

“Kau tidur saja atas katil tu,” ujarnya tanpa menoleh. Dia kemudian membentangkan tikar mengkuang di lantai lalu merebahkan badan. Lengan kirinya dijadikan bantal, mata merenung kosong ke siling.

Wahid sangka gadis itu sudah naik ke katil. Belum sempat mata dilelapkan, terasa satu bayang duduk di sisi. Dia menoleh dan terkejut. Teratai duduk bersimpuh di sebelahnya.

Kening Wahid bertaut. “Kau buat apa ni?”

Teratai menunduk sedikit, tangan dirapatkan ke riba. “Dinda… tak biasa tidur sendirian.”

Wahid berdeham kecil. “Habis tu, kau nak duduk kat sini sampai esok pagi?”

Teratai angkat wajah, memandangnya dengan wajah polos yang membuat dada Wahid terasa senak.

“Kanda baringlah di katil dengan dinda…”

“Ha?”

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










04/12/2025

MY HUSBAND SETIA

🔥🔥🔥

Pandangan aku cepat beralih ke arah Shaza yang berdiri di sebelah kaunter. Mata dia terpaku pada Fariz, langsung tak berkedip. Siap dengan mulut yang sedikit terbuka. Reaksi dia jelas terkejut. Atau... mungkin juga terpesona?

Tapi takkanlah Shaza...
Tak mungkin dia ada rasa apa-apa. Kan?

Mungkin dia cuma terkejut tengok Fariz yang sekarang. Yelah, dulu masa zaman uni, Fariz tu kurus kering. Jenis yang orang takkan pandang dua kali pun. Tapi sekarang… lain. Badan dah sado, kulit makin cerah, gaya pun kemas dengan kot putih dan rambut tersisir rapi.

Jujur, aku sendiri kadang-kadang pun ternganga tengok perubahan dia.

“Abang,” Aku panggil sambil melangkah ke arah mereka. Senyuman masih setia di bibir. “Awal ambil anak hari ni?”

“Awal. Jalan pun tak jem sangat. Lagipun rindu kat mama dia,” balas Fariz sambil senyum manja. Dia hulurkan beg plastik berisi botol air anak-anak.

“Abang tunggu kejap ya.” Aku sambut beg tu sambil tersengih. Mata aku sempat jeling Shaza yang masih terkebil-kebil pandang Fariz.

“Ni dia, 50 biji Puding Yam.” Aku letak kotak atas kaunter. “You nak bayar cash atau QR?” Suara aku menyedarkan Shaza dari lamunan yang entah ke mana hala.

Shaza yang tersedar dari leka pandang wajah Fariz terus tersipu.

“Eh, sorry... QR je la. Berapa totalnya?”
Aku sebut jumlahnya. Dia terus buka aplikasi bank, tapi sempat juga curi pandang Fariz dua tiga kali.

“Okay, dah bayar. Thanks ya. Puding ni memang sedap. I yakin pelanggan spa I s**a. Nanti I tolong promote bakery you sekali, okay?”

“Okay, thanks Shaza.”
Tanpa banyak cakap, Shaza terus melangkah keluar. Aku perasan Fariz langsung tak beralih pandang ke arah Shaza walau sesaat pun. Dari tadi, mata dia hanya tertuju pada aku. Hati aku terus rasa lapang. Ini bermakna Fariz tak pandang perempuan lain selain aku. Cukup setia. Alhamdulillah, syukur sangat.

“Abang tak perasan ke siapa tadi tu?” Aku sengaja pancing soalan, nak tengok reaksi dia.

“Siapa? Kawan sayang ke?” Fariz jongket kening, mata dia masih tak lepas pandang aku.

“Shaza. Kawan lama I masa kat uni dulu.”

“Oh… ya ke? Abang tak perasan pun.” Dia capai gelas air atas kaunter, minum perlahan sambil buat muka selamba.
Aku sengaja buat muka tak puas hati.

“Yelah, ada perempuan cantik berdiri sebelah abang tadi, boleh p**ak abang tak perasan?”

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










EBOOK PROMO YEAR END SALE🔥🔥🔥“Assalamualaikum… Abang Aiyad.”Langkah Aiyad spontan terhenti, wajah jelas terkejut. Tak san...
04/12/2025

EBOOK PROMO YEAR END SALE

🔥🔥🔥

“Assalamualaikum… Abang Aiyad.”

Langkah Aiyad spontan terhenti, wajah jelas terkejut. Tak sangka Kuntum tiba-tiba muncul di depan mata. Senyum gadis itu jarang sekali dilihat membuat Aiyad kelu seketika.

“Waalaikumsalam,” jawabnya perlahan, cuba kedengaran ramah walau riak wajah penuh tanda tanya.

Aiyad jadi pelik. Bukankah selama ini Kuntum asyik mengelak, tak mahu bertentang mata dengannya? Kalau terserempak pun, gadis itu pasti berpaling. Tapi sekarang… Kuntum boleh senyum depannya. Senyum yang buat dia rasa janggal.

“Abang nak ke mana tu?” Kuntum cuba berbual, beriak tenang walau debar di dada makin kuat.

“Ke dusun nak tengok-tengok buah,” jawab Aiyad ringkas sambil membetulkan raga di bahu.

“Oh, sekarang musim durian, kan? Berapa lama abang kat kampung ni?”

Aiyad jadi tak selesa. Sebelum ini Kuntum lebih s**a mengelak apabila bertembung dengannya, tapi hari ini lain benar. Tiba-tiba sahaja gadis itu bukan saja menegur, malah ramah p**a bertanya itu ini. Janggal betul rasanya dengan perubahan Kuntum.

“Emm… abang gerak dululah, Kuntum. Nanti lambat p**a nak sampai dusun,” katanya, cuba menamatkan perbualan.

Kuntum berdecit halus, bibir ditarik muncung. Macam itu je? Dia masih belum puas berborak dengan lelaki itu.

“Eh, kejaplah! Kuntum nak tanya…” Suaranya terlepas spontan, walaupun dalam kepala tak ada soalan pun. Dia sendiri tak pasti apa nak ditanya. Cuma nak panjangkan masa. biar Aiyad terus berdiri di situ walau sesaat lagi.

“Tanya apa?” Aiyad berpaling, dahi berkerut menanti Kuntum bersuara.

“Kenapa balik sorang?”

Aiyad tersentak kecil, wajahnya berubah. Jelas benar dia tak selesa dengan pertanyaan itu. Senyum nipis yang terukir di bibir tampak hambar, sekadar menutup rasa.

“Entahlah… balik sorang tu senang sikit. Tak payah nak fikir banyak,” jawabnya perlahan, kemudian mula mengatur langkah menuju motosikal kapcai milik arwah ayahnya yang terletak di bawah pokok mangga.

Kuntum gigit bibir, senyumnya makin melebar. Walaupun tahu Aiyad kelihatan tak selesa, hatinya langsung tak mahu lepaskan peluang. Plastik berisi bekas dari raga segera dicapai.

“Err… Abang Aiyad, ni pengat keledek. Mak masak pagi tadi, suruh Kuntum edarkan kat orang kampung. Ni untuk abang.”

Aiyad berpaling, kening sedikit berkerut sebelum menyambut plastik itu perlahan. “Terima kasih… sampaikan salam kat mak, ya.”

Kuntum tarik muncung manja. “Salam kat mak je? Kat Kuntum tak sekali?”

Aiyad terdiam. Tak sangka Kuntum boleh bersuara manja begitu. Apa kena dengan budak itu pun dia sendiri tak tahu.

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










EBOOK PROMO YEAR END SALEPENGGANTI LUKA TUAN ZAKFRAN 🔥🔥🔥“Hah, tu pun pelanggan yang tempah bunga ni. Kalau tuan nak sang...
04/12/2025

EBOOK PROMO YEAR END SALE

PENGGANTI LUKA TUAN ZAKFRAN

🔥🔥🔥

“Hah, tu pun pelanggan yang tempah bunga ni. Kalau tuan nak sangat, cuba bincang dengan dia,” ujar wanita itu sambil mengerling ke arah pintu.

“Bincang pasal apa?” Gadis itu bertanya sambil melangkah ke arah kaunter.

Zharfan segera berpaling ke sisi. Terkejut bukan kepalang bila melihat pelanggan yang dimaksudkan itu ialah gadis yang sangat dikenali. Aziera!

Tak sangka, baru tadi dia teringat tentang gadis yang memang menggemari bunga orkid, kini gadis itu betul-betul berada di depan mata.

“Tuan ni nak beli bunga orkid ni untuk isterinya,” jelas wanita itu sambil menunjuk ke arah sejambak orkid di atas kaunter.

Aziera terus memandang ke arah Zharfan. Terkejut. Matanya membulat, dan dia terdiam seketika.

“Zharfan?”

Zharfan hanya mengangguk, mata masih terpaku pada Aziera. Dia sendiri tak tahu bagaimana harus bereaksi. Tak pernah terlintas di fikiran, dia akan bertemu dengan Aziera di tempat ini.

“Oh, tuan dan cik saling kenal rupanya. Kalau macam tu lagi mudahlah untuk berbincang.” Wanita itu tersenyum.

Aziera hanya menatap Zharfan. Masih terkejut dengan pertemuan yang tak dijangka. Hatinya tiba-tiba disapa rasa sayu, apatah lagi bila tahu Zharfan sedang membeli bunga untuk isterinya.

“Eh, awak apa khabar?” Aziera akhirnya bersuara, suaranya sedikit gugup.

“Baik, alhamdulillah...” jawab Zharfan perlahan. Dia sendiri tak sangka pertemuan kali ini membuatkan mereka kembali berbual seperti dulu.

Sepi seketika. Rasa janggal semakin terasa.

“Saya dengar tadi awak nak beli bunga ni?” Aziera bersuara, memecah keheningan.

“Ya, untuk isteri saya.”

Aziera mengangguk perlahan. “Untuk ulang tahun kahwin ke?”

“Eh, bukan… bukan untuk ulang tahun. Cuma… saya nak bagi dia hadiah je.”

“Hadiah?” Aziera mengulang, senyum nipis terukir di bibir. Dia cuba sedaya upaya beriak ramah, walaupun jauh di sudut hati muncul rasa cemburu yang s**ar ditolak. Lelaki yang pernah singgah dalam hatinya, yang pernah menjanjikan cinta abadi… kini sedang membeli bunga untuk isterinya. Rasa pedih menikam perlahan ke dasar hati. Aziera cuba telan rasa pahit itu.

Nafas dihela perlahan, cuba paksa diri untuk kuat. Bibirnya cuma mampu mengukir senyuman pahit.

“Hmm...” Zharfan hanya mampu mengangguk. Rasa janggal kian menebal, membuatkan dia tidak tahu bagaimana mahu menyambung bicara.

“Oh, tahniah. Semoga bahagia selalu.”

“Terima kasih.”

Mereka kembali terdiam. Suasana jadi semakin canggung.

Aziera genggam jemari perlahan, cuba menutup rasa berat di dada.

“Kalau awak nak, awak boleh ambil bunga ni.”

“Betul ke? Macam mana dengan awak?” Zharfan jongket kening.

Aziera menghela nafas perlahan, senyum nipis masih dipaksa di bibir. “Tak apa. Lagipun saya tak perlukan segera. Awak yang lebih memerlukan.”

Zharfan terdiam sejenak, memerhati wajah Aziera. Ada sesuatu yang s**ar dijelaskan terasa di hatinya.

“Terima kasih,” ucapnya akhirnya sambil mengambil bunga itu dengan hati-hati. Tangan kanan segera menyeluk ke dalam saku untuk mengeluarkan dompet.

“Tak apa. Biar saya yang bayar nanti.”

“Saya tak nak terhutang budi pada sesiapa,” balas Zharfan, matanya terus memandang ke arah penjual bunga.

“Tapi…” Aziera nak membantah, Zharfan cepat angkat tangan.

“Tak apa… Saya tak selesa terima hadiah tanpa bayar sendiri. Lagipun, bunga ni untuk isteri saya. Saya nak dia rasa yang saya benar-benar hargai dia.” Nada suaranya lembut tapi tetap tegas, jelas menunjukkan pendiriannya.

Aziera terdiam. Dia memahami prinsip Zharfan, inilah Zharfan yang dia kenal. Seorang lelaki yang tegas dan berpegang teguh pada prinsipnya. Lelaki itu bukan hanya tegas, malah seorang lelaki yang sering membuat dia rasa dicintai dan dihargai.

Sayangnya itu dulu, sebelum segalanya berubah. Zharfan kini sudah memiliki keluarga sendiri, sebuah kenyataan yang sulit ditelan. Rasa kehilangan dan kecewa bercampur baur dalam hati. Dia hanya mampu menatap masa lalu yang indah, masa lalu yang kini tinggal kenangan.

https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522










Address

Matang

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:45
Tuesday 09:00 - 13:00
Wednesday 09:00 - 13:00
Thursday 09:00 - 13:00
Friday 09:00 - 13:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 13:00

Telephone

+60145898522

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Noor Asikin Ebook posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Noor Asikin Ebook:

Shortcuts

Share