05/09/2026
Cantik tu bukan sekadar pilih warna lawa. 😆
Kadang-kadang orang renovate rumah, masuk kedai nampak sofa lawa…
“Ha! Yang ni mesti nampak premium.”
Nampak curtain cantik…
“Ambik sekali.”
Lepas tu jumpa artwork lawa…
“Yang ni pun boleh.”
Last-last semua dah masuk rumah…
Tapi bila duduk dalam tu:
“Awat rasa macam tak kena naa?” 😂
Sebab decoration dengan interior design bukan benda yang sama.
Decoration fokus kepada apa yang kita nampak.
Sofa.
Curtain.
Artwork.
Accessories.
Interior design p**a fikir benda yang orang selalu tak nampak:
Layout & circulation.
Lighting.
Electrical points.
Ceiling.
Storage.
Material.
Furniture.
Function & comfort.
Detailing.
Maksudnya sebelum dok sibuk pilih kusyen warna apa, kena fikir dulu ruang tu nak digunakan macam mana.
Sofa lawa tapi laluan sempit?
Takpa… dok la mengiring. 😂
Lampu cantik tapi salah tempat?
Malam-malam dok cari suis pun boleh jadi aktiviti cardio. 😭
Kabinet lawa tapi storage tak cukup?
Lepas 3 bulan, barang semua naik atas kabinet.
Sebab tu interior design bukan sekadar bagi rumah nampak cantik.
Kita nak ruang yang cantik + selesa + berfungsi untuk jangka masa panjang.
Senang cerita…
Design dulu ruang tu.
Lepas tu baru pi decorate.
Jangan decorate dulu, lepas tu baru pening nak fikir macam mana nak guna ruang. 😂
Shahnaz Interiors
Residential • Office • Commercial Interior Design & Renovation
Design yang bijak. Ruang yang selesa. Hidup yang lebih bahagia.