Hommie Kitchen

Hommie Kitchen

Assalamualaikum & selamat petang..Harini Ummie nak share lagi tips cuci pakaian yang dah berbau hapak, susah ye nak hila...
27/06/2026

Assalamualaikum & selamat petang..

Harini Ummie nak share lagi tips cuci pakaian yang dah berbau hapak, susah ye nak hilang kalau dah hapak ni.. basuh berkali-kali pon tetap tinggalkan bau kurang menyenangkan….terutamanya tuala yang dah berapa lama tak cuci tu heheh. Span cuci pinggan yang melekat dengan lemak/minyak pon sangat berkesan guna kaedah ni & sekaligus membasmi kuman👍

Cubalah.

Bahan:
-Baking Soda/ Soda Bikarbonat
-Cuka
-Sabun pakaian/ pinggan

Caranya ialah.. campurkan soda bikarbonat/ baking soda (bukan baking powder ya!), sabun (serbuk atau cecair) dan cuka kedalam bekas tahan panas berisi pakaian/span tadi. Kemudian tuang air panas hingga tenggelam. Rendam beberapa minit & bilas bersih. InsyaAllah hilang bau hapak & pakaian jadi bersih👍

* sukatan : ikut saiz/ kuantiti pakaian yang nak dicuci
(anggaran 1 scoop sabun: 1/2-1 scoop baking soda: 1 scoop cuka)

Harini Ummie nak share petua cuci mee. Sebelum masak eloklah cuci bersih-bersih. Petuanya:1. Hilangkan minyak:👉Cuci deng...
26/06/2026

Harini Ummie nak share petua cuci mee. Sebelum masak eloklah cuci bersih-bersih.
Petuanya:

1. Hilangkan minyak:
👉Cuci dengan air suam + tepung jagung (tepung lain pon boleh) anggaran 1 sudu besar untuk 1kg mee. Bilas bersih & toskan.

2. Hilangkan bau hancing/ masam
👉Cuci dengan air + cuka makan anggaran 1-2sudu makan. Boleh juga tambah sedikit tepung. Bilas bersih & toskan.

Selamat mencuba👍

Malam Nisfu Syaaban 2026M-1447H2 Februari 2026, Hari Isnin malam Selasa (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).🗒️Amal...
02/02/2026

Malam Nisfu Syaaban 2026M-1447H

2 Februari 2026, Hari Isnin malam Selasa (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

🗒️Amalan Disarankan Malam Nisfu Syaaban:

Walaupun tiada amalan khusus yang ditetapkan bagi malam Nisfu Syaaban, umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan pelbagai ibadah umum. Antara amalan yang boleh dilakukan termasuklah:

👉Solat Sunat
Menghadirkan diri dalam solat sunat seperti solat tahajud dan solat sunat lainnya adalah suatu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

👉Berdoa dan Memohon Keampunan
Ini adalah waktu yang baik untuk memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang telah dilakukan.

👉Zikir
Mengamalkan zikir dan tasbih sebagai cara untuk mengingati Allah.

👉Membaca Al-Qur’an
Memanfaatkan waktu dengan membaca dan memahami Al-Qur’an.

Address

Bangi
43000

Telephone

+601112237578

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hommie Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share