Idia Concept Design

Idia Concept Design We sketch, We create and We Design

We provide ~ 1)Design for Company Logo and Business Card, 2) Interior Design and Home Decor, 3) Design for Banner, Bunting and Pamphlet 4)Service for Photography for any events 5) Wedding Gifts & Decor

Bilik Air kecik? Ok nih design Utk anda Jadikan sebagai panduan
16/06/2023

Bilik Air kecik? Ok nih design Utk anda Jadikan sebagai panduan

04/01/2019

Dalam sebuah kediaman, bilik air atau kamar mandi merupakan salah satu ruangan yang paling penting. Bak kata orang, kalau nak tahu individu itu pembersih atau tidak lihatlah bilik airnya. Selain daripada kebersihan, ada sesetengah orang sangat mementingkan dekorasi supaya kamar mandi kelihatan lebih...

3D Floors: 18 amazing designs to remodel the floors of your house..!! (Y) :)
02/09/2018

3D Floors: 18 amazing designs to remodel the floors of your house..!! (Y) :)

Wow..CantikRumah Bajet under RM80k
01/09/2018

Wow..Cantik

Rumah Bajet under RM80k

Sebelum dan selepas. Rumah yg di reno jadi 5 stars Hotel.
01/04/2018

Sebelum dan selepas. Rumah yg di reno jadi 5 stars Hotel.

Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan y...
01/04/2018

Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN :
***Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
***Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah

1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
- Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong
- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik
- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air
- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.

Sumber : fb shamier mohaimin

Like Page Idia Concept Design

Sebelum dan selepas rumah Kondominium. Saper s**a duduk Kondo?
28/03/2018

Sebelum dan selepas rumah Kondominium. Saper s**a duduk Kondo?

Simple jer kan rumah mcm nih? Tapi cantik just nice jerrr....
25/03/2018

Simple jer kan rumah mcm nih? Tapi cantik just nice jerrr....

Teringin nk buat rumah kampung yg elegen mcm nih
23/03/2018

Teringin nk buat rumah kampung yg elegen mcm nih

23/03/2018

"Awak orang IT mesti pandai design-design banner dengan backdrop ni kan? Tolong design kan satu backdrop dengan banner untuk program unit kami yang hujung bulan ni, boleh?" ujar Encik Azmi dari Unit ######X

"Isyh, saya mana la reti bab-bab design ni encik. Kalau buat mesti buruk punya. Bagi saya handle persiapan teknikal program dah la," jawab Hilmi dari Unit ICT.

"Alaa.. Bukan susah mana pun kerja design-design ni. Anak buah saya yang darjah 5 tu pun ke main lagi dia buat design buku skrap dia guna Photoshop. Awak mesti lagi hebat bab-bab Photoshop ni kan,"

"Eh, tak da lah. Saya tahu guna je, ilmu design saya takda,"

"Janganlah merendah diri sangat. Saya yakin awak mesti boleh buat punya. Hari Selasa 27 hari bulan seminggu sebelum program saya datang ke tempat awak untuk semak,"

"Errrr... Tapi.. Saya.."

"27 hari bulan nanti ya. Ingat tau. Nanti saya datang ke tempat awak"

----------------------------------

27 HARI BULAN

"Macam mana dengan design. Dah siap?"

"Kejap ye saya ambik laptop saya. PC Windows XP saya yang kat ofis ni tak lepas nak install GIMP"

"GIMP? Pekebendenye pulak tu?"

"Software design jugak encik. Tapi dia free sebab dia open source,"

"La, tak guna Photoshop macam yang cakapkan sebelum ni?"

"(Dalam hati: Ada ke duit jabatan nak bayar software tu. Nak bayar OT staf pun sangkut) Kat ofis kita takda software tu encik. Lagipun PC-PC yang ada kat IT ni semua dah tunggu masa je nak lupus. Senang cerita memang tak lepas untuk kerja-kerja design ni,"

"Hmmmm.. Apa-apa je la. Ha, mana design yang awak dah siapkan tu?"

"Sekejap ye... Orait, ini dia,"

*Tunjuk modern design dengan gabungan warna yang dinamik*

"Okaaayyy... Design awak ni wording dah betul. Takda silap. Cuma, design awak ni nampak kurang menarik la,"

"Kurang menarik yang macam mana ya tu encik?"

"Warna yang awak gunakan ni nampak tak menarik la. Cuba awak gunakan warna merah maroon untuk background dia,"

*Tukar warna background kepada maroon*

"Hmmm.. Nampak kurang menarik jugak la. Maybe awak boleh tambahkan kerawang-kerawang kat bucu tu, tambah lagi bla bla bla bla bla..."

*Final design dah jadi serupa gampang*

"Ok, siap pun design KITA ni. Nanti awak emel kan soft copy design ni kat saya. Petang karang saya bagi kat member saya owner kedai printing untuk print kan banner ni.. Lagi satu, slide masa program tu awak yang kena jaga kan. So, jangan lupa ya letak design KITA ni kat laptop yang nak bawak untuk program tu nanti,"

---------------------------

HARI PROGRAM

Kelihatan ada dua orang staf unit lain sedang berbual kosong.

"Kau ada tengok banner untuk program jabatan kita ni?"

"Ada. Kenapa?"

"Buruk gila design dia. Tulisan pun susah nak baca. Orang luar nak tengok pun tak tau banner tu untuk program apa,"

"Siapa yang buat design tu?"

"Entah, dalam senarai jawatankuasa tak sebut pun siapa yang kena prepare banner. Budak IT kita la tu kot yang buat,"

-----------------------------

SELEPAS PROGRAM

Maka, mesyuarat post mortem program pun dijalankan dengan mengambil feedback dari peserta program.

"Baik, ini maklumbalas berkenaan banner kita. Katanya design banner tu orang susah nak baca. Yang ni mintak Unit ICT alert ye, kena pastikan banner yang dibuat tu cantik dan kemas," ujar Puan Zaleha, Ketua Penyelaras Program.

--------------------

SEBULAN SELEPAS PROGRAM

Satu ofis membawang Unit ICT tak pandai buat kerja IT.

30/12/2017

. Berapakah gaji yang anda terima di tempat kerja sekarang sebagai Pereka Grafik dan nyatakan lokasi (daerah atau negeri)

*Abaikan jika anda freelance.

01/10/2017

Very nice

Address

Taman Cempaka
Durian Tunggal
76100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Idia Concept Design posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share