Scilla AR

Scilla AR kongsi resepi simple-simple

Tandoori chicken slidersBahan perapan ayam :Dada ayam 400gSerbuk ciliSerbuk kari ayamGaram masalaSerbuk kunyitJintan put...
06/05/2025

Tandoori chicken sliders

Bahan perapan ayam :
Dada ayam 400g
Serbuk cili
Serbuk kari ayam
Garam masala
Serbuk kunyit
Jintan putih
Garam
Yogurt asli
Sedikit jus lemon
Lada hitam
Garlic powder
Ginger powder
Sedikit pewarna merah(optional)

Green chutney :
Plain yogurt, sedikit jus lemon,garam, gula, cabai hijau, daun ketumbar, 2 ulas bwg putih. Blend semua tanpa air. Sy guna hand blender

Sapu planta pada roti dan grill sekejap.Letak sos thousand island,letak cheese, letak ayam, sedikit green chutney,bawang and done🤩Untuk inti terp**ang nak letak sayur apa(timun/tomato). Sy letak bawang je🤭 Nak guna wrap/paratha atau tortilla pon boleh.Selamat mencuba✌🏻

Kredit : fb hidayah yaya

Pagi-pagi dah nampak resepi soto sedap ni, aduhhh..menggoda tekak betul kan. Nah, cuba buat sendiri resepi soto mudah ni...
05/05/2025

Pagi-pagi dah nampak resepi soto sedap ni, aduhhh..menggoda tekak betul kan. Nah, cuba buat sendiri resepi soto mudah ni.

RESEPI KUAH SOTO

1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih
2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak
3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)
4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut s**a banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya
5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan

RESEPI BEGEDIL
1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng
2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat
3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau 'ok'..tepung tidak perlu
4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa
5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana

RESEPI CILI KICAP
1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)
2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)
3. Kicap dan garam sedikit
4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit
Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua

Kredit: ‎Kaseh Aryssa‎

Resepi Solok Lada Frozen  🌶 nanti try buat . Boleh gu dengan nasi kerabu 🤤Bahan - Bahan :5-6 ekor ikan selayang diambil ...
05/05/2025

Resepi Solok Lada Frozen 🌶 nanti try buat . Boleh gu dengan nasi kerabu 🤤

Bahan - Bahan :

5-6 ekor ikan selayang diambil isi mentah
3 genggam kelapa parut putih
2 labu bawang besar merah
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sdt lada hitam
1 sdt garam
1 sdb gula
15 biji lada solok

1 cawan santan -diguna masa nk kukus semula lada solok

Cara - Cara :

1. Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan
2. Amik isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
3. Tumbuk bawang² halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan² isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul rata². Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa pedas lada hitam.
4. Sumbat masuk bahan² isi kedalam lada solok Biar padat² montel 😃
5. Kukus lada Solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul² sejuk sebelum di frozenkan. Siap❤️

~ Bila nak makan keluarkan solok dr freezer biarkan selama 15 minit. Masuk kan dalam periuk curahkan santan atasnya dan kukus dlm 5 minit. Sebentar saja yer...sbb SOLOK LADA 🌶 dh masak.

Kredit : Pemilik Resepi

Resepi Moist Chocolate CakeBy: Elly HalimAssalam kengkawan & baker2 yg manis..Resepi moist chocolate cake yg sy buat jua...
03/05/2025

Resepi Moist Chocolate Cake

By: Elly Halim

Assalam kengkawan & baker2 yg manis..
Resepi moist chocolate cake yg sy buat jualan sebelum ni..
Da 4 tahun guna resepi ni dan tak pernah tukar sbb ramai customer yg puji sedap & tahan lama..
Kalau ada yg sudi bole cuba ye..resepi di bawah mnggunakan s**atan gram sebab lebih tepat & hanya gunakan HAND WHISK..no mesin2 haha..

Bahan2..
Bahan A..
90gm serbuk koko
200gm gula kastor
200gm minyak masak/minyak jagung/canoli/
sunflower
250g susu pekat
1 tin Susu cair

Bahan B (dicampur & dipukul sampai kembang..guna SUDU/GARFU je ye)
4 biji telur gred A
esen vanila..

Bahan C (dicampurkan sekali & diayak)
150 gm tepung gandum/kek/superfine
1sd kcil baking powder
1sd kecil bakig soda

Cara2..
1.Masukkan semua bahan A dlm 1 bekas stainless steel/periuk , kacau rata smpai sebati & masak ats api kecil..API KECIL YE!!
masak sekejap je sambil adunan dikacau..kacau pelan2..xperlu mndidih @ sampai berasap...adunan hanya suam2 panas..kalau rasa bekas tu da panas bole terus tutup api
2.Masukkan bahan B ke dalam adunan td & kacau
3.Masukkan p**a bahan C & kacau sehingga sebati
4.Masukkan ke dalam loyang yg dah disapu dgn butter/marjerin & dilapik dgn baking paper..sy guna loyang saiz 9 inci..nak TEBAL sikit guna LOYANG 8inci
5.Panaskan oven dulu ye (preheat) sy panaskan 10min suhu 180c
Bakar sehingga masak..nk KUKUS pun bole..sy bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 1 jam..walaupun bakar tapi tetap moist
6.Sejukkan kek dulu baru curahkan choc topping..sy sejukkan kek dalam chiller..nanti topping akan melekat cantik dekat kek

Resepi choc topping..
200gm choc compound/choc masak..didadu/
dipotong kecil
100gm whipping cream
Masukkan choc compound dlm bekas stainless steel..double boil kan..bl coklat da cair masukkan p**a cream tadi..kacau smpai sebati..siap

*nak pekat sikit guna 80gm whipping

Selamat mencuba

Assalamualaikum..Minggu lepas sy open crispy chicken mango ..Alhamdulillah mendapat sambutan..Ayam tu sy goreng crispy b...
29/01/2025

Assalamualaikum..
Minggu lepas sy open crispy chicken mango ..
Alhamdulillah mendapat sambutan..

Ayam tu sy goreng crispy bahagian fillet..guna tepung bestari/bon chef..mix asli n spicy..

Resepi sos
1botol kecil sos plum
1botol besar sos Thai
3 ulas bwg putih (ditumbuk)
3 cwn air suam
(Kacau semua sehingga sebati)

Bahan2
Salad
Mangga lemak Manis
Ayam crispy
Bawang besar
Cili api
Cili merah
Daun ketumbar

Kwn2 nak amek idea ni utk niaga pon bole..
Kalau rajin bole buat..hehe..
nak order kat sy pon bole ..area sg buloh ☺️☺️
🥭

Kredit : noor azizah

Resepi Sos Black Pepper Viral Silakan resepi lengkapnya. 1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api     kecil sahaja.  ...
28/01/2025

Resepi Sos Black Pepper Viral

Silakan resepi lengkapnya.

1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api
kecil sahaja.
Masukkan 1 ulas bawang putih yang
telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju.
Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar.
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap).
Tambahkan air suam 1 tin.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese.
(Optional) Kalau ada lagi sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.
Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau s**a gelap.
* jangan guna kicap masin*
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.
Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat)
Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat.
Selamat mencuba!

kredit: afy al habibi

Resepi Keow teow supBahan-bahan :1. Keow Teow2. Isi Ayam3. Daun Bawang4. Bawang putih5. Sawi6. Bebola ayam / ikan7. Fish...
27/01/2025

Resepi Keow teow sup

Bahan-bahan :
1. Keow Teow
2. Isi Ayam
3. Daun Bawang
4. Bawang putih
5. Sawi
6. Bebola ayam / ikan
7. Fishcake
9. Kicap cair
10. Cili padi
11. Lada sulah
12. 2 ketul kiub ayam
13. air scukupnya

Cara2 nya
1. Didihkan air, masukkan 2 ketul kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak kekuarkan isi ayam, bila dah sejuk carik-carikkan ayam tersebut.
2. Masukkan bebola dan fishcake rebus sekejap dan toskan. Bolehlah hiris fishcake tadi.
3. Kuah dia saya tak tambah apa dah. Kiub tu dah cakap rasa.

Cara buat minyak bawang putih :
1. Cincang 1 labu bawang putih.
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih yang dicincang tadi, goreng sehingga bawang kekuningan, api slow je ye, jgn smpai hangit nanti pahit.

Cara buat kicap cili potong :
1. Potong cili padi dan gaul dalam kicap cair.

Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan.

Basuhkan keow keow bagi hilangkan lebihan minyak, nak jirus air panas pun boleh.

Bolehlah susun bahan2 dalam pinggan dan tuang kuah.

Siap. Senang sahaja.

Selamat mencuba :

Kredit : Nor Khomariah Norrohman

Address

Ipoh
31400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Scilla AR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share