12/08/2024
Kenyataan Rasmi
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum dan salam sejahtera warga Facebook semua.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan dan pengikut Aurora Houz Design. Aurora Houz Design telah menjalani liku-liku perniagaan yang sangat mencabar terutama semasa pandemik Covid 19 melanda seluruh dunia. Selepas pasca Covid 19, Aurora Houz Design telah kembali sejak dari awal tahun 2023 dengan penyusunan struktur serta model perniagaan yang lebih sistematik dan mampan. Walaubagaimanapun, Aurora Houz Design cuma kembali aktif didalam media sosial hanya baru-baru ini.
Untuk pengetahuan semua, Aurora Houz Design telah menaik taraf perkhidmatan bukan hanya dalam bidang hiasan dalaman tetapi merangkumi semua aspek pembinaan. Oleh yang demikian, Aurora Houz Design telah menjenamakan perniagan kepada nama baru iaitu Mertun.
Kami menjadikan Mertun sebagai ‘one stop center’ dengan semua perkhidmatan berkaitan pembinaan seperti membina, mengubahsuai, hiasan dalaman dan landskap untuk rumah serta premis boleh didapati disini. Demi memudahkan urusan pelanggan, Mertun juga menyediakan khidmat perundingan serta perundangan. Oleh itu, hasrat pelanggan kami untuk merealisasikan impian menjadi lebih mudah, teratur serta selamat.
Akhir kata Mertun ingin menzahirkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat memberi perkhidmatan pembinaan kepada masyarakat setempat khususnya di Alor Setar dan Kubang Pasu. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami. Kami juga sangat teruja dan tidak sabar untuk memberi perkhidmatan yang sebaiknya kepada anda semua. Hubungi kami jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan pembinaan dari kami. Kami sedia membantu merealisasikan impian anda semua.
Sekian, terima kasih.
-Mertun-