Assalamualaikum, saya mmg dh tak terbalas semua whatapps yang masuk, utk setiap post saya akan sertakan dengan harga sekali dan di bawah adalah syarat2 untuk menempah di Wan Jati
1)Deposit 50% dikenakan untuk setiap tempahan, manakala baki selewatnya dibayar cash semasa barang dihantar. (bank in sehari sebelum)
2)Untuk setiap tempahan tiada refund atau pertukaran dibenarkan sama sekali, setiap bar
ang yang ada defect, option 1 kita akan baiki, option kedua kita buat pertukaran,
3) Untuk Pembatalan tempahan, deposit tidak dikembalikan , tetapi mengikut pertimbangan dari saya dan kes2 tertentu sahaja, (kebiasaanya sehingga barang terjual,)
4) Tempoh tempahan adalah sekitar 3-4 bulan untuk tahun ni (insyallah tahun dpn kilang baru beroperasi dan tempoh menunggu kurang 2 bulan) tempoh maksimum tempahan adalah 5 bulan, jika pihak syarikat gagal menghantar dalam tempoh 5 bulan, refund akan diberikan full dalam 3 hari bekerja.
5) Untuk pemilihan kain dan sebagainya, tiada jaminan kain yang tuan2 dan puan2 pilih ada stok memandangkan kita tk menyimpan stok kain, jadi kita akan cuba sedaya upaya untuk mencari kain2 yang memenuhi citarasa tuan2 dan puan.
6) Tempoh penyimpanan barang2 setelah sampai ke Malaysia adalah selama 1 bulan, jadi pastikan masa tmpahan tuan dan puan adalah sesuai dengan masa penerimaan tuan2 dan puan2.
7) Barang yang tidak boleh dihantar dalam masa 1 bulan akan dijual sebagai barang ready stok, dan tuan2 dan puan perlu menunggu 3-4 untuk tempahan baru dan tiada option deposit dikembalikan
8) Setiap design customer yang dihantar oleh customer haruslah disertai dengan detail drawing, bg mengelakkan maslah yang timbul, kecuali customer boleh terima pesamaan dengan gambar sekitar 80-99%