Bayu Bamboo

Bayu Bamboo ♦️Kami bantu Resort & Romestay cipta ruang alami dan eksklusif dengan sentuhan bambu profesional dari Sabah.
♦️From Nature, To Hospitality

BAYU BAMBOO PAVILION PAPAR - Projek Komuniti Bayu BambooInsya-Allah, kami akan membina sebuah bangunan bambu bersaiz 60’...
14/11/2025

BAYU BAMBOO PAVILION PAPAR - Projek Komuniti Bayu Bamboo

Insya-Allah, kami akan membina sebuah bangunan bambu bersaiz 60’ × 30’ × 10’ di Papar, Sabah di bawah pengurusan Koperasi Impian Jaya Sabah Berhad.

Dengan skala ±1,800 kaki² (±167 m²), ini bukan gazebo, tapi sebuah Bamboo Pavilion sebenar, mercu kecil untuk komuniti bambu kita.

Reka bentuknya meraikan DNA Sabah: atap pelupuh bermotif daun bambu dan aksen linangkit geometry pada skrin sisi, berdiri di atas tiang bambu berpasangan yang melengkung indah.

Ruang terbuka, teduh, dan berangin… dicipta khas untuk iklim tropika.

Pavilion ini bakal menjadi:

1. Pusat penghasilan produk bambu tempatan, tempat prototaip dan pengeluaran kecil, dari perabot, panel dinding, ke aksesori harian.

2. Pusat latihan artisan - latihan hands-on, mikro-kredensial bertahap, dan peluang freelance untuk anak muda serta komuniti… insya-Allah dengan sokongan ramai.

Di sinilah kelas bengkel, pameran, majlis komuniti, dan juga sesi ilmu berlangsung.

Kapasiti rujukan: 110–140 kerusi (susun teater) / 160–180 berdiri. Setiap batang bambu dipilih, dirawat dan diikat dengan cerma, dengan tangan-tangan kampung yang menzahirkan karya bertaraf dunia.

Tangan Kampung Bangunkan Dunia - kami percaya rezeki yang berkat lahir apabila kita berani, percaya, dan bergerak bersama.

Pavilion ini adalah ruang kerja, ruang belajar, dan ruang harapan.

Dalam masa terdekat kami akan membuka keahlian koperasi supaya komuniti kita membesar dan sasaran bersama lebih mudah dicapai.

Berjalan sendiri, kita mungkin laju tetapi cepat lelah.
Berjalan bersama, langkah mungkin perlahan, namun kita boleh pergi lebih jauh.

Ada yang berminat menjadi sebahagian daripada komuniti pelopor yang membangunkan industri bambu tanah air?



Learning from Our Neighbours in the PhilippinesWe’ve always believed that collaboration and shared learning are the hear...
08/11/2025

Learning from Our Neighbours in the Philippines

We’ve always believed that collaboration and shared learning are the heart of sustainable growth.

The amazing team at Kawayan Collective Agriculture Cooperative has been one of our biggest inspirations, proving how bamboo can transform into world-class architecture through community, craftsmanship, and purpose.

In Malaysia, we’re still in the early chapters of our bamboo journey… but seeing how far they’ve come reminds us that with dedication, unity, and knowledge-sharing, the dream of a thriving bamboo industry here is absolutely possible.

Thank you, Kawayan Collective, for paving the way and showing us what’s possible when passion meets purpose. 🙏

DUA BANGUNAN BAMBU IKONIK PERTAMA DI SABAHDua bangunan ini menjadi saksi awal kepada kebangkitan industri bambu di Sabah...
07/11/2025

DUA BANGUNAN BAMBU IKONIK PERTAMA DI SABAH

Dua bangunan ini menjadi saksi awal kepada kebangkitan industri bambu di Sabah.

Bangunan pertama terletak di Sierra Bizhub, Menggatal, dibina pada tahun 2021.

Kami menggunakan kira-kira 1,100 batang bambu. Semuanya dibeli daripada orang kampung tempatan dan atapnya p**a daripada nipah asli yang sejuk mata memandang.

Bangunan kedua berdiri megah di Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran, mula dibangunkan pada April tahun ini.

Lebih daripada 1,500 batang bambu digunakan. Ianya jadi sumber rezeki masyarakat kampung yang yang jadi pembekal bambu kepada kami.

Projek ini disiapkan dalam tempoh 4 bulan, hanya dengan tenaga 4 orang artisan. Setiap batang dipilih, dirawat, dan disusun dengan penuh teliti.

Menariknya, atapnya juga sepenuhnya daripada bambu, simbol kemurnian dan kesinambungan alam.

Sebagai perintis industri bambu di Sabah, kami sedar perjalanan ini masih panjang.

Kami masih belajar, masih bertatih untuk mencapai tahap kematangan industri setanding Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Namun satu hal yang pasti, semangat kekal menyala.

Kami percaya, kemajuan industri ini hanya akan terjadi jika lebih ramai berganding bahu, berkongsi kepakaran, dan menyatukan hati.

Jika anda percaya pada potensi bambu sebagai bahan masa depan Sabah, mari bersama kami.



PROJEK CSR - HEALING HUB UNTUK SEKOLAH Bayangkan kalau setiap sekolah ada satu Gazebo Bambu Healing… sebuah ruang yang t...
07/11/2025

PROJEK CSR - HEALING HUB UNTUK SEKOLAH

Bayangkan kalau setiap sekolah ada satu Gazebo Bambu Healing… sebuah ruang yang teduh, tempat rehat melepas tekanan dan lelah, sebelum kembali belajar atau mengajar.

Di dalam gambar ini, kita bergambar bersama Tuan Pengetua SK Tebobon, Menggatal, Kota Kinabalu - Tuan Ag. Ghani Hj. AG. Bakar, di hadapan Gazebo Bambu Healing yang dipasang di ruang taman sekolah.

Projek kecil yang kami harap jadi permulaan kepada gerakan besar,

“1 Sekolah, 1 Gazebo Bambu Healing.”

Gazebo ini dibina daripada bambu tempatan yang ditebang oleh orang kampung, kita berikan rawatan khas, agar strukturnya tahan cuaca, dan diberikan sentuhan seni artisan kita.

Ia bukan sekadar binaan, tapi simbol kasih kepada guru, murid, dan kesejahteraan jiwa di sekolah.

Untuk sekolah, kami berikan diskaun CSR sehingga 50% daripada harga Premium biasa (siap rawatan, pemasangan dan warranty).

Setiap sekolah pasti perlukan satu sudut untuk healing, tempat guru dan pelajar bersantai, tenangkan minda, dan kembalikan fokus.

Apatah lagi kalau ruang itu dibina dengan keindahan semula jadi bambu, yang bukan saja menyejukkan mata… tapi juga memancarkan vibe positif dan damai setiap kali disentuh angin.

Jangan risau…
Kalau anda guru, admin, ahli PIBG, atau pelajar yang benar-benar mahu ruang healing ini di sekolah anda, kami akan bantu carikan dana melalui sumbangan s**arela dan tajaan komuniti.

Misi kami:

10 sekolah pertama akan jadi model “Healing Hub Sekolah” di Malaysia.

Tulis “HEALING HUB” di ruangan komen atau DM kami sekarang untuk dapatkan maklumat penuh dan sebut harga CSR.




RASMI: ORBENА BAMBOO kini menjadi BAYU BAMBOOBayu itu angin sepoi yang menenangkan, sama seperti ruang-ruang bambu yang ...
07/11/2025

RASMI: ORBENА BAMBOO kini menjadi BAYU BAMBOO

Bayu itu angin sepoi yang menenangkan, sama seperti ruang-ruang bambu yang kami bina.

Nama baru, misi sama:

Membina struktur bambu yang cantik, tahan lama, dan mengangkat ekonomi kampung di Sabah.

Kenapa tukar?

Supaya jenama kami lebih dekat dengan jiwa Borneo: ringan, segar, dan mudah diingati.

Di bawah Bayu Bamboo, kami akan bergerak lebih fokus. Dari projek resort dan homestay, gazebo healing, ke produk hiasan dan panel bambu untuk kediaman.

Apa yang kekal?

1. Pas**an yang sama, standard kerja yang sama (malah lebih baik).

2. Komitmen pada kualiti, keselamatan, dan kelestarian.

3. Misi sosial: upah yang berbaoli untuk artisan kampung dan pembelian bambu tempatan.

Apa yang berubah?

1. Nama & logo baru.

2. Suara jenama yang lebih segar dan mudah diingati.

3. Lebih banyak produk siap-pasang dan solusi ‘turnkey’.

Terima kasih kerana menyokong kami sejak dulu lagi.

Dari Sabah, untuk dunia… kini di bawah nama baru: Bayu Bamboo.

👉 Follow akaun baru, dan DM “BAYU” untuk kit harga & katalog terkini.



30/10/2025

Gazebo Bamboo Healing, tempahan pihak sekolah. Untuk jadi ruang healing guru dan murid yang sekarang begitu banyak menghadapi cabaran dan tekanan

TENANG DI BAWAH PONDOK BAMBUBalik kerja, buka telefon.Notifikasi tak henti masuk, fikiran masih ligat berifkir. Rumah da...
23/10/2025

TENANG DI BAWAH PONDOK BAMBU

Balik kerja, buka telefon.
Notifikasi tak henti masuk, fikiran masih ligat berifkir.

Rumah dah cantik… tapi hati tetap rasa serabut.
Ingatkan balik rumah boleh terus rehat dan tenang. Rupanya…… Hmm

Pergi kerja cari rezeki, p**ang penat dan stres. Ini memang biasa. Di mana-mana pun sama.

Yang penting, kita balik rumah boleh tenang. Sistem saraf boleh rehat. Tenaga boleh recharge.

Cuba bayangkan…
Anda balik kerja di satu petang yang redup.
Angin lembut menyentuh p**i.
Bunyi burung sayup di hujung bukit.
Kopi panas di tangan, dan anda duduk bawah bumbung bambu…. rasa penat hari tu perlahan-lahan larut.

Inilah sebab kami bina Gazebo Buluh Artisan.
Bukan sekadar tempat duduk santai ngopi dan ngeteh. Tapi suatu ruang untuk jiwa melepas lelah melawan cabaran dunia.

Setiap sendi bambu ini diikat oleh tangan manusia, bukan guna mesin. Buluh tua dipilih, dikeringkan, dan disusun dengan teliti. Strukturnya kukuh, tapi auranya lembut mendamaikan.

Bila anda duduk bawahnya, rasa tenang, rileks dan damai pun datang. Hilang rasa penat di badan dan serabut di otak.

Gazebo ni bukan produk kilang.
Ia adalah cerita tangan orang kampung yang berjuang hidup.

Setiap unit anda beli, anda sebenarnya membantu menghidupkan semula seni tempatan yang hampir hilang ditelan zaman moden.

Sebab tu pemilik homestay, kafe dan resort s**a versi ni. Bukan sebab design semata, tapi sebab ada ‘feel dan vibe’ yang bikin hati tertawan. Rasa dekat dengan alam.

Tempat orang datang bukan sekadar makan atau rehat, tapi rasa tenang yang tak dijual di mana-mana.

📦 Custom size pun boleh.
📍Buatan artisan tempatan, dari Sabah untuk seluruh Malaysia.

Kalau anda pun rasa sudah tiba masanya mahu hadiahkan diri dan keluarga sedikit ketenangan, komen “SAYA NAK GAZEBO” di bawah 👇

Biar team kami bantu reka ruang damai pertama kau sebelum slot tempahan bulan ni penuh.



We see bamboos as a big potential
15/08/2025

We see bamboos as a big potential

WHY WE TURNED BAMBOO INTO LIVING SCULPTURE

Most developers see bamboo as too wild, too weak, too unpredictable.
It’s labeled “eco,” but never “elevated.”
We saw the opposite.
We saw potential in its imperfection.
A way to build that breathes, bends, and feels human.

Bamboo isn’t a cheap material.
It’s a living one.
It listens to the wind. It holds memory in every curve.
It doesn’t just hold a roof, it holds a rhythm.

We don’t cut bamboo into rectangles.
We let it lead the form.
That’s how we shape spaces that feel alive, not fabricated.
➡️ No flat-pack formulas
➡️ No sterile symmetry
➡️ Just raw, emotional architecture that heals as it shelters

Guests don’t want to leave.
Not because of what we built
but because of how it feels.

If your project deserves more than concrete and copies,
Let’s build with soul. Let’s build with bamboo.

BINAAN LOKAL, BERJIWA GLOBALMat Salleh pun terpegun dengan hasil kerja tangan kitq.Pelancong luar negara singgah di tapa...
18/07/2025

BINAAN LOKAL, BERJIWA GLOBAL

Mat Salleh pun terpegun dengan hasil kerja tangan kitq.

Pelancong luar negara singgah di tapak binaan bambu ni, bukan sekadar melihat, tapi juga memuji.

Mereka tak sangka, kerja kemas begini lahir dari tangan-tangan orang kita.

Apa yang mereka nampak bukan sahaja struktur bambu yang mengagumkan, tapi juga semangat dan ketekunan artisan kita yang bekerja dengan sepenuh jiwa.

Bagi kami di Orbena Bamboo, ini bukan sekadar projek. Ini adalah suatu perjuangan.

Perjuangan membuktikan bahawa tangan yang tidak ternama pun mampu menghasilkan karya bertaraf dunia.

Kami percaya… satu hari nanti, akan lebih ramai pelancong, pelabur dan pencinta alam datang ke Sabah.

Hanya untuk menyaksikan keindahan struktur bambu buatan tempatan.

-Orbena Bamboo-
Dari bumi Sabah, untuk dunia 🌍






BAMBU BOLEH TAHAN SAMPAI 30 TAHUN!Ramai masih sangsi dengan ketahanan bambu.Tapi tahukah anda, dengan rawatan yang betul...
16/07/2025

BAMBU BOLEH TAHAN SAMPAI 30 TAHUN!

Ramai masih sangsi dengan ketahanan bambu.

Tapi tahukah anda, dengan rawatan yang betul, bambu boleh bertahan sehingga 30 tahun?

Dalam video ini, kita lihat sendiri proses rawatan profesional oleh artisan bambu dari Filipina, salah satu negara jiran yang kini menjadi peneraju industri pembinaan berasaskan bambu di rantau ini.

- Mereka bukan saja ada teknik, tapi sistem.
- Bukan sekadar kreatif, tapi juga saintifik.

Malaysia punya potensi yang besar.

Tiba masanya kita kejar dan lepas semula jauh ke hadapan.

📽️ Tonton video ini sebagai inspirasi, dan doakan agar industri bambu Sabah juga mampu capai tahap ini, atau lebih!

-OrbenaBamboo-
Perintis & Peneraju Industri Bambu Sabah

This shows the bamboo treatment process used by Kanya-Kawayan, a company in Nasugbu, Batangas, Luzon, Philippines which supplies bamboo poles for housing con...

DI SEBALIK KEMEGAHAN BANGUNAN BAMBU, ADA TANGAN PACIK TUA YANG GIGIH MENCARI REZEKI.Tadi dua orang pacik ini bantu kami ...
15/07/2025

DI SEBALIK KEMEGAHAN BANGUNAN BAMBU, ADA TANGAN PACIK TUA YANG GIGIH MENCARI REZEKI.

Tadi dua orang pacik ini bantu kami cuci buluh di tapak projek kita.

Mereka bukan pekerja tetap.

Tapi bila ada kerja buluh macam ni, kami akan cari orang kampung terdekat. Bagi peluang mereka buat kerja halal, dapat upah bersih, bawa balik rezeki.

Mereka datang kerja ni bukan untuk jadi lebih kaya. Atau duit upah tu nak labur ke mana-mana.

Tapi cukup buat beli makanan bagi makan perut keluarga, dan bagi anak-anak belanja sekolah.

Biar panas, sakit pinggang, kadang tangan tergores luka oleh bambu tajam, mereka cekal siapkan kerja.

Bila mereka dapat kerja ni walau sehari dua, itu bukan saja bantu projek ni siap, tapi bantu ekonomi keluarga kecil yang saban hari ikat perut.

Di sebalik struktur bambu yang cantik berdiri, ada titik peluh manusia yang jarang kita nampak di media.

Inilah cara kami bangunkan industri bambu di Sabah.
Bukan sekadar bina struktur bangunan, tapi juga bina kehidupan orang kampung.

Setiap tempahan dan projek yang kami siapkan, ada komuniti yang anda bantu.

🔹 Kalau anda sedang merancang bina gazebo, veranda atau rumah rehat dari buluh…

👉 Kami sedia bantu dari rekaan hingga pemasangan.

📩 PM atau klik link di bio untuk mula berbincang.

-Orbena Bamboo-
Membina Bambu, Membangun Ekonomi Kampung






Address

Orbena, Lot 21, Sierra Biz Hub, Mile 13, Jalan Tuaran-Menggatal
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bayu Bamboo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bayu Bamboo:

Share

Category