Teguh Gazebo

Call Directions Website Contact the business

Teguh Gazebo Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Teguh Gazebo, jerlun, Kuala Kangsar.

11/10/2026

Owh camni carenye rumah kayu sebijik siap,boleh muat 1lori

Ade banyak waktu,rumah ni bukan rumah kecil pun.ade sampai rumah kami buat tu sampai hari hampir 100k,tapi tetap boleh isi dalam 1 lori.

Sebab bawak seketul siap ke?atau macamane tu?

Bukan semua saiz rumah yang boleh bawak seketul siap.

Juga bukan semua tempat yang boleh masuk dengan lori besar,untuk bawak seketul siap.

Jadi,inilah care kami untuk bawak barang barang rumah kayu yang telah siap kami buat di kilang.

Anda dah lame idamkan sebuah rumah kayu konsep klasik untuk dijadikan rumah inggap anda di kawasan kampung?

Hubungi saye Shakirin untuk pertanyaan lanjut

0194963127




BESTNYA KALAU ADA RUMAH KEDUA MACAM NI… ❤️Bayangkan hari Jumaat, waktu tengah bekerja lagi, kita dah mula terfikir...“Es...
09/10/2026

BESTNYA KALAU ADA RUMAH KEDUA MACAM NI… ❤️

Bayangkan hari Jumaat, waktu tengah bekerja lagi, kita dah mula terfikir...

“Esok nak balik rumah kayu la. Dah lama tak pergi.” 😁

Balik kerja, bagitahu isteri dan anak-anak.

Esok pagi kita pergi rumah kayu.
Tak payah nak fikir pergi bercuti jauh-jauh.

Tak payah pening nak cari hotel atau homestay.

Sebab kita dah ada satu tempat sendiri untuk pergi bila tiba hujung minggu.

Sampai saja dekat rumah kayu...
Buka pintu, kemas apa yang patut.
Isteri sibuk dekat dapur.

Anak-anak p**a dah mula cari aktiviti masing-masing.
Kita?

Duduk dulu dekat beranda. 😂

Tengok halaman rumah sendiri.

Nikmat dia lain macam bila tempat yang kita pergi untuk berehat tu memang milik kita sendiri.

Petang boleh ajak anak-anak bakar ayam.

Malam p**a makan ramai-ramai.
Tak kisahlah nak tidur awal atau nak sembang sampai lewat malam.

Esok pagi bangun pun tak perlu tergesa-gesa.

Tak ada waktu check-out.

Nak balik tengah hari, boleh.

Nak sambung satu malam lagi pun boleh.

Inilah antara nikmat bila ada rumah inap sendiri. ❤️

Dan yang paling best...

Rumah ni bukan sekadar tempat kita berehat.

Lama-kelamaan, ia jadi tempat anak-anak s**a berkumpul.

Tempat cucu-cucu nanti seronok nak datang.

Tempat kita sekeluarga cipta macam-macam kenangan.

Macam rumah kayu klasik yang kami siapkan di Padang Rengas, Kuala Kangsar ni.

Lengkap dengan beranda, ruang tamu, bilik tidur dan dapur.

Tak terlalu besar, tapi cukup untuk dijadikan sebuah rumah inap yang selesa.

Harga rumah ni RM75,000 termasuk penghantaran ke Semenanjung

Kalau tuan-puan dah lama mengimpikan rumah kayu klasik macam ni, apa kata kita jadikan impian tu satu kenyataan? ❤️

Jangan sekadar tengok dan berangan je. 😁

Mai sembang dengan saya. Kita usahakan sama-sama rumah kayu yang tuan-puan idamkan.

📲 Shakirin – 019-496 3127



07/10/2026

PERTAMA DI MALAYSIA

GAZEBO ANTI TAIK KUCING 😅

Pelik p**a dengar ye...

Tapi memang betul.

Bagi saya, design yang kami buat kali ni sebenarnya design yang biasa kami buat.

Iaitu Design Nasi Lemak.

Cuma yang buat gazebo kali ni luar biasa sikit adalah permintaan istimewa daripada pelanggan kami.

Beliau pesan...

“Boleh tak buatkan penghalang bawah gazebo ni? Saya tak nak kucing masuk.”

Sebab beliau dah ada pengalaman.

Bila bahagian bawah gazebo terbuka, kucing s**a masuk.

Bila dah masuk tu...

Faham-faham sendiri la. 😂

Esok pagi ada la “hadiah” dekat bawah gazebo.

Sebab tu kali ni kami buatkan jaring khas di sekeliling bahagian bawah gazebo.

Kucing tak boleh masuk.

Tuan rumah pun tak perlu pening lagi nak bersihkan tahi kucing bawah gazebo.

Yang paling menarik...

Ini bukan gazebo pertama beliau tempah dengan kami.

Tapi ini adalah gazebo KEDUA.

Bila dah kali kedua ni, beliau memang dah tahu apa yang beliau nak.

Bukan sekadar nak ada gazebo.

Nak design yang cantik...

Dan dalam masa yang sama, nak selesaikan masalah yang pernah beliau alami sebelum ni.

Bila dah siap dan tengok p**a suasana halaman rumah beliau...

Memang cantik.

Pokok-pokok hijau.

Siap ada kolam ikan lagi.

Bayangkan petang-petang...

Duduk dekat gazebo sambil minum kopi.

Depan mata tengok ikan.

Angin petang masuk.

Anak cucu ada sekali.

Nak makan-makan boleh.

Nak sembang lama-lama pun boleh.

Kadang-kadang halaman rumah kita sebenarnya dah cantik...

Cuma belum ada satu tempat yang buat kita rasa seronok nak duduk dekat luar.

Bila dah ada gazebo...

Barulah halaman tu rasa macam betul-betul digunakan.

🏡 Design Nasi Lemak

📏 Saiz 8×8 kaki

💰 RM14,499

✨ Lengkap dengan aksesori seperti dalam gambar & video

🐈 Siap penghalang bawah gazebo ikut permintaan pelanggan

Setiap orang ada citarasa dan kegunaan gazebo yang berbeza.

Ada yang nak tempat minum petang.

Ada yang nak tempat keluarga berkumpul.

Ada yang nak gazebo jadi pelengkap halaman rumah.

Dan ada juga macam pelanggan kami ni...

“Aku nak gazebo cantik, tapi kucing jangan berak bawah.” 😂

Kalau tuan-puan dah lama teringin nak ada sebuah gazebo klasik dekat halaman rumah...

Jangan cari gazebo yang sekadar “boleh duduk”.

Buat sekali.

Pilih design yang kita betul-betul s**a.

Biar setiap kali keluar rumah dan pandang gazebo tu...

Kita rasa puas hati sebab memang itu yang kita nak.

Berminat dengan gazebo rekebentuk klasik daripada Teguh Gazebo,

📲 Shakirin – 019-496 3127




RUMAH KAYU TINGGI… MEMANG ADA RASA DIA TERSENDIRI. ❤️Saya memang s**a rekabentuk rumah kayu macam ni.Sebab kalau kita te...
03/10/2026

RUMAH KAYU TINGGI… MEMANG ADA RASA DIA TERSENDIRI. ❤️

Saya memang s**a rekabentuk rumah kayu macam ni.

Sebab kalau kita tengok rumah Melayu dulu-dulu, kebanyakannya memang dibina tinggi dari tanah.

Bila dibuat balik dengan konsep klasik macam ni, terus keluar satu suasana yang rumah moden susah nak bagi.

Bayangkan satu berdiri dekat tanah sendiri.

Hujung minggu datang dengan keluarga.

Bawah rumah boleh buat tempat santai, BBQ atau duduk sembang ramai-ramai.

Naik ke atas p**a, ada ruang sendiri untuk berehat.

Tak perlu besar sangat pun.

Kadang-kadang kita cuma nak satu tempat yang bila sampai…

terus rasa “Haa… ni tempat aku nak berehat.” ❤️

Rumah dalam video ni merupakan antara konsep rumah kayu klasik yang kami buat.

Untuk konsep macam ni, harga boleh sekitar RM50K,

Berendah 5×8
Ibu rumah 13×13

Kalau selama ni tuan-puan memang s**a rumah kayu…

Jangan tengok dalam Facebook saja. 😁

Mai tengok sendiri kerja kami.

Tengok rumah yang kami pernah buat, tengok kayu, tengok tukang bekerja dan tanya apa saja yang tuan-puan nak tahu.

Kalau jauh, kita boleh video call dulu.

Mana tahu rumah yang selama ni hanya ada dalam kepala tuan-puan…

kita boleh bantu jadikan betul-betul berdiri atas tanah sendiri. ❤️

📲 WhatsApp Shakirin: 019-496 3127




01/10/2026

NAK BUAT RUMAH KAYU, JANGAN CARI YANG MURAH SAHAJA.

Saya memang pembuat rumah kayu konsep klasik.

Daripada kayu-kayu lama seperti cengal, merbau dan balau, kami proses dan buat satu-persatu sampailah siap menjadi sebuah rumah kayu.

Satu benda saya nak pesan...

Rumah kayu memang bukan murah.

Kalau dibandingkan dengan binaan batu atau besi, binaan kayu berkualiti boleh jadi jauh lebih tinggi kosnya.

Sebab tu bila survey rumah kayu, jangan tengok harga sahaja.

Tengok jenis kayu.

Tengok hasil kerja.

Tengok siapa yang buat.

Dan jangan mudah terpedaya kalau ditawarkan harga yang terlalu murah.

Kalau nak berurusan dengan saya pun...

Jangan percaya saya melalui Facebook saja. 😁

Nak video call, boleh.

Nak tengok projek kami, boleh.

Nak lebih yakin?

Mai terus kilang.

Tengok sendiri kayu kami, tengok tukang kami bekerja dan tengok sendiri rumah yang sedang kami buat.

Dah puas hati, dah yakin... baru kita sembang rumah kayu yang tuan-puan impikan. ❤️

Kalau tuan-puan memang tengah survey rumah kayu klasik, WhatsApp saya perkataan “RUMAH KAYU”.

Saya tunjuk contoh rekabentuk, projek yang pernah kami siapkan dan kita bincang ikut bajet tuan-puan.

📲 Shakirin – 019-496 3127

28/09/2026

RUMAH KAYU VS RUMAH BATU
MANE YANG MURAH?

Ramai sangat salah faham ni.Kadang rase cam buang mase saye nak terangkan sorang sorang.

Ni saye bagi penjelasan dalam video saye ni,dengo sampai habis.

Berminat nak bina rumah kayu konsep klasik untuk rumah inggap anda?atau rumah hujung minggu?

Hubungi saye Shakirin

0194963127




24/09/2026

Stok Kayu Nilai Rm100k,Dari Kampung Baru kuala Lumpur

Alhamdulillah segala pujian pade Allah.

Kali ni saye bawak masuk kayu lame yang melampau banyak dari kampung baru kuala lumpur.

Nak jadikan cerite,ter berusan dengan wakil pihak pemaju yang beli tanah kampung baru untuk dimajukan.

Jadi,semua rumah rumah kampung yang tersenarai tu, habis lah kene roboh.

Inilah kayu kayunye.

Semua kayu kayu ni,kami akan proses semula masuk mesin.

Untuk kami buat rumah kayu,gazebo dan pelbagai lagi la binaan binaan kayu konsep klasik.

Soalan yang ramai orang tanye saye bila saye cakap pakai kayu lame ni adalah,

"tahan ke kayu ni?"

Untuk info tuan dan puan,kayu lama la lebih baik,lebih tahan cuaca, lebih berkualiti tapi harga jimat,kalau nak dibandikan kayu baru.

Bukan tak elok gune kayu baru,tapi kalau nak kayu gred A macam kayu lame,hargenye memang melambung tinggi la.

Kilang kami di kuala kangsar Perak.

Kalau tuan dan puan berminat nak bina rumah kayu atau gazebo,

Boleh hubungi saye

Shakirin 0194963127



NI MEMANG BETUL-BETUL RUMAH KEBUN 😁Kali ni kami hantar sebuah lagi gazebo untuk pelanggan di Kuala Kangsar.Perjalanan na...
22/09/2026

NI MEMANG BETUL-BETUL RUMAH KEBUN 😁

Kali ni kami hantar sebuah lagi gazebo untuk pelanggan di Kuala Kangsar.

Perjalanan nak sampai ke rumah beliau...

Memang masuk jalan kampung jauh ke dalam.

Tapi bila dah sampai...

Ha, baru faham kenapa beliau nak letak gazebo dekat sini.

Keliling rumah penuh dengan pokok.

Macam-macam beliau tanam.

Pandang kiri hijau.

Pandang kanan pun hijau.

Memang suasana kampung betul.

Dan macam kebanyakan pelanggan kami yang ada rumah kebun...

Beliau pun nak ada satu tempat yang selesa untuk duduk rehat dengan keluarga.

Bayangkan...

Pagi-pagi turun kebun.

Buat kerja sana sini.

Bila dah penat, naik dekat gazebo.

Bancuh kopi.

Buka bekal.

Duduk ramai-ramai dengan keluarga sambil layan angin kampung.

Depan mata bukan dinding rumah.

Bukan jalan raya.

Pokok hijau keliling kita.

Petang-petang lagi sedap.

Tak buat apa pun tak apa.

Duduk sembang.

Makan buah dari kebun sendiri.

Layan cucu-cucu bermain.

Kadang-kadang benda macam ni nampak biasa...

Tapi bila hari-hari kita sibuk dengan kerja, inilah sebenarnya benda yang kita cari bila datang ke rumah kebun.

Tempat nak perlahan sekejap.

Tempat nak luangkan masa dengan keluarga.

Dan tempat nak menikmati hasil yang kita tanam sendiri.

Sebab kalau dah ada kebun cantik, pokok pun dah menghijau...

Sayang kalau tak ada satu tempat yang selesa untuk kita duduk menikmati semua tu.

Gazebo yang tuan-puan tengok ni menggunakan rekabentuk Nasi Lemak.

🏡 Gazebo Klasik Nasi Lemak
📏 Saiz 8×8 kaki
💰 RM10,999

Kalau tuan-puan pun ada rumah kebun, dusun atau halaman yang dikelilingi pokok-pokok...

Cuba cari satu sudut yang paling redup dan paling sedap dekat situ.

Lepas tu bayangkan...

Kalau letak sebuah gazebo klasik dekat situ, macam mana agaknya suasana hujung minggu nanti?

Kalau dah terbayang dekat mana nak letak...

📸 Ambil gambar kawasan tu dan WhatsApp terus dekat saya.

Saya boleh tengok dan kita bincang saiz serta rekabentuk yang sesuai dengan kawasan tu.

📲 Shakirin – 019-496 3127




Address

Jerlun
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Saturday 08:00 - 17:30

Telephone

+60194963127

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teguh Gazebo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teguh Gazebo:

Shortcuts

Share