30/08/2025
Kita sering tergesa-gesa dalam banyak hal.
Tergesa mahu sampai ke tempat kerja, tergesa menyiapkan tugasan, tergesa mahu berehat, bahkan kadang-kadang tergesa juga ketika menghadap Allah dalam solat.
Padahal… dalam solat ada satu saat yang sangat mulia. Saat dahi kita mencecah bumi, meletakkan kepala serendah-rendahnya kepada Yang Maha Tinggi. Itulah sujud. Tempat paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
“Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa.”
(HR Muslim)
Bahkan setiap kali sujud, Allah angkat darjat kita.
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً، وَمَحَا عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً، وَرَفَعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةً
“Tidaklah seorang hamba bersujud kerana Allah sekali sujud, melainkan Allah menuliskan baginya satu kebaikan, menghapus daripadanya satu kejahatan, dan mengangkat darjatnya dengan satu darjat.” (HR Ibn Majah, hadis hasan)
lihatlah bagaimana Rasulullah ﷺ mengajar Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami r.a. ketika beliau meminta ingin bersama Baginda di syurga.
“Aku pernah bermalam bersama Rasulullah SAW. Lalu aku datang kepadanya dalam keadaan berwudhu’ dan membawa hajatnya. Lalu Baginda SAW berkata kepadaku: ‘Mintalah.’ Lalu aku berkata: ‘Aku meminta agar dapat mendampingi kamu di syurga.’
Baginda berkata: ‘Adakah selain dari itu?’ Aku katakan: ‘Itu sahaja.’ Baginda pun bersabda:
فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ
Maksudnya: “Bantulah aku untuk mewujudkan keinginanmu dengan banyak melakukan sujud (melakukan solat).” (HR Muslim, hadis sahih)
Imam al-Nawawi menjelaskan, bahawa hadith ini menunjukkan galakan dan motivasi untuk memperbanyakkan sujud. Sujud yang dimaksudkan adalah dengan memperbanyakkan solat.
Sahabat semua, berlamalah ketika sujud. Jangan cepat-cepat bangun. Di situlah ruang paling mustajab untuk berdoa.
Mohonlah syurga, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk kedua ibu bapa, pasangan, anak-anak, dan orang yang kita sayangi.
Kerana sujud bukan sekadar rukun solat, ia adalah ruang cinta antara hamba dengan Allah.
Ruang di mana air mata jadi saksi, hati jadi tenang dan doa jadi jambatan menuju Syurga.
Allahu Akbar, mari kita hidupkan suasana dalam rumah kita sendiri dengan hias rumah gaya islamik.
Antara kaedah yang kami sendiri sarankan adalah melalui Mihrab. Mihrab di rumah merujuk kepada ruang khas atau sudut tertentu yang dikhaskan untuk beribadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir, atau tadabbur. Ia tidak perlu besar, tetapi perlu tenang dan bersih.
🤍 Kelebihan Mihrab di Rumah🤍
1. Menjadikan rumah baiti jannati (rumahku syurgaku).
2. Mendidik ahli keluarga untuk menghargai waktu solat dan ibadah.
3. Mewujudkan suasana tenang & spiritual dalam rumah.
4. Mudah buat tadarus, qiyam, solat berjemaah keluarga.
Dapatkan Mihrab di Outlet Valoobuy berdekatan anda hari ini atau tekan di sini: 👉 https://opy.la/valoobuy/mehrab_UAH