02/08/2026
Alhamdulillah...
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi singgah dan support Nasi Ayam Yunan Matrafi. Terima kasih juga buat semua RXZ Member yang datang memeriahkan kedai kami,tak sempat ambik gambar/video ketika ramai-ramai datang.
Bila dengar pelanggan cakap "Sedappp!"
Syukur Alhamdulillah.. Allah bagi sedap dan kena dengan selera.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua, murah rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Buat yang sedang meneruskan perjalanan pulang, berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan tersayang yang sedang menanti kepulangan anda di rumah.
Semoga setiap perjalanan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing
Aamiin 🤲🏻
Terima kasih kerana sudi singgah.
In Shaa Allah..Jumpa lagi di Nasi Ayam Yunan Matrafi!