02/11/2024
*Hujan-Hujan Art Space* adalah satu program bulanan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer). Program ini berlangsung di perkarangan Muzium Negeri Terengganu pada setiap hari Sabtu minggu keempat setiap bulan. Ketika esei ini ditulis saya berkesempatan menghadiri sesi keempat program ini pada 26 Oktober 2024 .
Ketika tiba di tapak program , saya bertegur sapa dengan Cikgu Zulkafli bin Ismail dan beberapa pelukis lain. Hujan-hujan adalah sejenis pokok kanopi lebat yang mewujudkan suasana sejuk dan teduh. Di bawah ini terdapat sebuah `gerey ’ . `Gerey ' di dalam loghat Terengganu bermaksud pangkin atau pelantar. Gerey ini dijadikan tempat mempamerkan lukisan-lukisan berskala kecil dan sederhana oleh para peserta . Pokok hujan-hujan tersebut menjadi titik tumpu dalam program ini . Suasana petang itu berjalan lancar malah lukisan yang dipamerkan merupakan karya beberapa pelukis PeTer . Dengan menggunakan pelbagai media seperti cat air, cat minyak, akrilik, pen dan marker . Tema lukisan ahli PeTer juga beragam genre.
Saya teruskan lagi dengan menikmati pameran lukisan yang mempamerkan bakat ahli PeTer dalam melukis potrait , karikatur , abstrak , realism , ekspresionisme dan sebagainya . Di sini karya - karya realisme telah menjadi pilihan masyarakat setempat serta pengiat seni . Secara tidak langsung pengunjung yang hadir ke muzium dapat mengenali pelukis secara dekat dan berlakunya urusniaga. Pengunjung juga seronok berkongsi pengalaman dan juga berbincang untuk menempah lukisan mengikut citarasa mereka.
Saya juga berkesempatan menemu bual Cikgu Zulkafli bin Ismail dengan beberapa pelukis yang hadir ke program itu . Encik Zulkafli bin Ismail disapa mesra sebagai Cikgu Jo dan En. Saberi, kurator Muzium Negeri Terengganu , juga merupakan ahli PeTer . Saya difahamkan tentang objektif program ini bagi menghimpunkan serta menjalinkan hubungan ahlinya antara masyarakat bagi mengenali seni. Selain itu, sesi `ArtTalk‘ dan demonstrasi karya juga memberi peluang jualan kepada ahli PeTer.
Saya juga berkesempatan menemubual Encik Zailani . Beliau merupakan pelukis potrait , realisme yang bekerja sebagai pereka grafik di hospital. Minat dan bakat tidak menghalang seseorang untuk menjadi pelukis dan menyertai ahli PeTer. Beliau menggunakan masa terluangnya untuk menghasilkan karya walaupun mempunyai pekerjaan tetap.
Program juga memberi peluang para pelukis untuk mendedahkan diri kepada masyarakat. Malah tidak meustahil menjadikan Terengganu sebagai pusat seni Tidak dilupakan pihak Muzium Negeri Terengganu kerana sentiasa menyokong aktiviti seni dengan menawarkan tapak acara. Tahniah juga kepada ahli PeTer yang telah menghidupkan dan berjaya menjayakan suasana program ini di Kuala Terengganu khususnya di Negeri Terengganu .
Saya berharap dapat hadir ke program ini lagi . Sebagai rumusan , acara sebegini sangat bagus untuk mendekatkan seni kepada masyarakat.
- Sarah Sabrina-