Music Lokal & Info Viral

Music Lokal & Info Viral Home Decor & Shopee Produk & Local News
(1)

Betul tu..
12/08/2026

Betul tu..

09/08/2026
Pas sedia tawan Sarawak...
09/08/2026

Pas sedia tawan Sarawak...

Seluruh Tanah air berduka atas pemergian tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaporkan meninggal dunia dalam...
06/08/2026

Seluruh Tanah air berduka atas pemergian tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaporkan meninggal dunia dalam satu kejadian tragis akibat renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort, Sabah, pada petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang, ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston dikenal pasti sebagai Chiu Teck Siong, 40, Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku ketika mereka cuba menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi sebelum galah tersebut terkena kabel elektrik berarus tinggi, menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami renjatan elektrik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Beliau memaklumkan bahawa berdasarkan keterangan saksi, orang awam yang berada di tempat kejadian turut berusaha membantu dengan menggunakan dua alat pemadam api jenis serbuk sebelum ketibaan pasukan bomba.

Namun, segala usaha tidak mampu mengubah takdir. Tiga anggota yang selama ini menggalas amanah menjaga keselamatan masyarakat akhirnya pergi buat selama-lamanya dalam satu kejadian yang tidak pernah disangka.

Pemergian mereka bukan sahaja dirasai oleh keluarga tercinta, malah turut meninggalkan kesedihan mendalam kepada seluruh warga PDRM serta rakan-rakan seperjuangan yang pernah berkhidmat bersama.

Tragedi ini menjadi peringatan bahawa bahaya elektrik boleh berlaku dalam sekelip mata. Sebarang aktiviti yang melibatkan penggunaan peralatan logam berhampiran kabel elektrik perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati dan mengutamakan aspek keselamatan. ‎

Seorang guru wanita Cina berusia 55 tahun di SMK Bau ditemui meninggal dunia dalam tandas pagi tadi. Rakan sekerja menca...
05/08/2026

Seorang guru wanita Cina berusia 55 tahun di SMK Bau ditemui meninggal dunia dalam tandas pagi tadi.

Rakan sekerja mencari mendiang di tandas selepas mendapati mendiang lama ke tandas tidak kembali.

Mendiang telah mengajar di sekolah tersebut selama 25 tahun dan mengajar matapelajaran Sains dan Biologi. Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang Cikgu Wong Lee Choo.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ .Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali.Sal...
05/08/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ .
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah.
Moga berikan kekuatan & kemampuan untuk redha, sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al fatihah...

Allaahumma aamiin🤲.

Salam Takziah buat keluarga mendiang Vanessa Anak Ewot, Jururawat Gred U5, berkhidmat di Hospital Umum Sarawak, yang tel...
03/08/2026

Salam Takziah buat keluarga mendiang Vanessa Anak Ewot, Jururawat Gred U5, berkhidmat di Hospital Umum Sarawak, yang telah meninggal dunia pada 2 Ogos 2026 (Ahad).

Semoga mendiang bersemadi dengan aman.

Selagi harga material  binaan dimonopoli oleh Cartel..harga rumah akan sentiasa meroket
02/08/2026

Selagi harga material binaan dimonopoli oleh Cartel..harga rumah akan sentiasa meroket

Address

Samariang
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Music Lokal & Info Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category