Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

Kraftangan Malaysia Cawangan Johor Kraftangan Malaysia merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni & Budaya Malaysia (MOTAC)
(1)

OBJEKTIF KRAFTANGAN MALAYSIA

- Meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penggunaan produk kraf tempatan;
- Membangunkan produk berkualiti yang berorientasikan pasaran;
- Memperluaskan saiz pasaran produk kraf;
- Menggalakkan pertumbuhan dan memajukan industri kraf; dan
- Menyediakan tenaga terlatih mengikut keperluan industri kraf.

Jom Sertai Lawatan Berpandu Berkumpulan Sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026!Saksikan keunikan kraf tem...
14/08/2026

Jom Sertai Lawatan Berpandu Berkumpulan Sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026!

Saksikan keunikan kraf tempatan dan antarabangsa dalam satu festival besar.
๐Ÿ“† 24 Sept - 5 Okt 2026
โฐ 10.00 Pagi - 10.00 Malam
๐Ÿ“ Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Aktiviti Menarik Menanti Anda:
* Padanan Perniagaan
* Jualan Produk Kraf
* Pameran Kraf
* Demonstrasi Kraf
* Ekspresi & Eksplorasi Kraf
* Peragaan Fesyen Antarabangsa
* Seminar Kraf Antarabangsa
* Interaktif Kraf
* Persembahan Kesenian
* Aktiviti Galakan Pengunjung

Daftar Sekarang!

* Lawatan Berkumpulan: https://forms.gle/FMeK56hHsr8ogTsq5

* Pertandingan Koir: https://forms.gle/GzUyBt9xJmsTZtbt5

Info lanjut: Layari www.micf.com.my atau DM kami di media sosial.

Masuk adalah percuma. Jumpa anda di sana!






INFO KRAF JOHOR :  REKAAN MOTIF INSPIRASI IDENTITI NEGERI JOHOR (PONTIAN)
13/08/2026

INFO KRAF JOHOR : REKAAN MOTIF INSPIRASI IDENTITI NEGERI JOHOR (PONTIAN)








12/08/2026
INFO KRAF JOHOR :  REKAAN MOTIF INSPIRASI IDENTITI NEGERI JOHOR (JOHOR BAHRU)
11/08/2026

INFO KRAF JOHOR : REKAAN MOTIF INSPIRASI IDENTITI NEGERI JOHOR (JOHOR BAHRU)








๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—–๐—ฅ๐—”๐—™๐—ง ๐—™๐—”๐—œ๐—ฅ (๐— ๐—œ๐—–๐—™) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAyuh meriahkan Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026, himpunan isti...
11/08/2026

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—–๐—ฅ๐—”๐—™๐—ง ๐—™๐—”๐—œ๐—ฅ (๐— ๐—œ๐—–๐—™) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Ayuh meriahkan Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026, himpunan istimewa yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan kraf dari Malaysia serta antarabangsa!

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai pelbagai produk kraf, hasil seni, demonstrasi kraf, aktiviti interaktif dan pengalaman budaya yang pastinya menarik untuk seisi keluarga.

๐Ÿ“… 24 September โ€“ 5 Oktober 2026
โฐ 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

๐ŸŒŸ Datang, lihat, hayati dan miliki keunikan kraf!
Jadikan MICF 2026 sebagai destinasi anda untuk mengenali dan menghargai warisan kraf yang penuh kreativiti dan nilai budaya.

Jumpa anda di MICF 2026!







10 Ogos 2026 | Isnin๐‰๐ž๐ฃ๐š๐ค ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ซ๐š๐Ÿ ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ขTinjauan usahawan kraf daerah Kota Tinggi iaitu :๐Ÿ”ถ Cik Nu...
10/08/2026

10 Ogos 2026 | Isnin

๐‰๐ž๐ฃ๐š๐ค ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ซ๐š๐Ÿ ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข

Tinjauan usahawan kraf daerah Kota Tinggi iaitu :

๐Ÿ”ถ Cik Nurul Natasha Amira binti Hamadzi
Taca Crochet
Produk : Cenderamata, jambangan bunga, beg berasaskan sulaman benang (crochet)

Turut diberi penerangan tentang peluang mendaftar sebagai usahawan kraf dan ditawarkan menjadi usahawan baru bagi memberi peluang memperluaskan pasaran produk kraf yang dihasilkan.

โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

Jom ikuti Kami di / Follow Us On:

page : Kompleks Kraf Johor - KKJ / Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

Instagram : Kompleks Kraf Johor

โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข





10 Ogos 2026 / IsninSesi perjumpaan Pengarah PKKM Cawangan Johor bersama komuniti kraf anyaman mengkuang daerah Kota Tin...
10/08/2026

10 Ogos 2026 / Isnin

Sesi perjumpaan Pengarah PKKM Cawangan Johor bersama komuniti kraf anyaman mengkuang daerah Kota Tinggi di Balai Raya Kampung Orang Asli Sungai Layau. Sesi ini turut bersama Encik Ramli bin Nekmat, Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Layau, Puan Siti Noor Suhadah binti A. Rahman selaku ketua komuniti dan pegawai Kraftangan Malaysia serta ahli komuniti kraf.

Lawatan dan perjumpaan ini bagi memantau penghasilan produk kraf anyaman mengkuang yang telah bermula dengan Fasa 1 bagi menghasilkan tikar.

Semoga kumpulan komuniti ini terus konsisten dan berjaya menghasilkan produk kraf untuk dipasarkan.

โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

Jom ikuti Kami di / Follow Us On:

page : Kompleks Kraf Johor - KKJ / Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

Instagram : Kompleks Kraf Johor

โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข





5 Ogos 2026 | Rabu๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข...
05/08/2026

5 Ogos 2026 | Rabu

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

Satu sesi kunjungan hormat oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang diketuai oleh Cik Noor Azima binti Mohd Alwi, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah diadakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Zulkurnain bin Abdul Rahman, di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, khususnya dalam pelaksanaan program pendidikan yang berteraskan bidang seni kraf serta meningkatkan penglibatan pelajar dan warga pendidik dalam aktiviti berkaitan.

Dalam sesi tersebut, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor menyampaikan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan, antaranya termasuk memperkasakan peranan Kompleks Kraf Johor sebagai pusat promosi dan pembelajaran menerusi pakej Interaktif Kraf serta Lawatan Berpandu Berkumpulan. Inisiatif ini dilihat mampu memberikan nilai tambah kepada pelajar melalui pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan berasaskan warisan budaya.

Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha kerjasama dalam pelaksanaan aktiviti antaranya Karnival Kompleks Kraf, Festival Kraf Johor 2026, Promosi Kraf Malaysia dan termasuk hebahan kemasukan ke Institut Kraf Negara.

Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah Encik Ali@Zainalabidin bin Syed Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Musa bin Atan, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Puan Nur Izwah binti Mat Kail, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Encik Muhammad Hasif bin Zulkifli, Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, serta Cik Izatti Adanis binti Ibrahim, Pegawai Seksyen Komersial dan Digital, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.

Kraftangan Malaysia Cawangan Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kesudian menerima kunjungan ini serta komitmen yang diberikan dalam menyokong pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi. Diharapkan jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi melahirkan generasi yang kreatif, berdaya saing dan menghargai warisan seni kraf negara, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan yang cemerlang.

โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

Jom ikuti Kami di / Follow Us On:
page : Kraf Johor - KKJ / Kraftangan Malaysia Cawangan Johor
Instagram : Kompleks Kraf Johor

โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข








Address

No 11-01
Larkin
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+6072350433

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kraftangan Malaysia Cawangan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share