Bakerich Pizza

Bakerich Pizza ⭐MFN Bakery
⭐(003034326-X)

⭐Pengeluar & Pembekal Pizza Panas & Frozen Terengganu

Alhamdulillah diberikan lagi peluang memasuki Ramadhan 2026. Macam biasa, kedai buka siang sahaja, 11:00pagi - 6:45 peta...
19/02/2026

Alhamdulillah diberikan lagi peluang memasuki Ramadhan 2026. Macam biasa, kedai buka siang sahaja, 11:00pagi - 6:45 petang. Selamat berpuasa semua, semoga ibadah puasa kita direrima Allah. Jemput singgah ya 😁

Hikmah daripada serangan tikus 🐀Dua minggu lepas, satu daripada tempat simpanan bahan makanan kedai Bakerich telah diser...
14/11/2025

Hikmah daripada serangan tikus 🐀

Dua minggu lepas, satu daripada tempat simpanan bahan makanan kedai Bakerich telah diserang oleh seekor tikus.

Tak pasti bagaimana Cikti berjaya menyusup masuk ke dalam kedai, tetapi telah berjaya ditangkap akhirnya.

Walaubagaimanapun, kerosakan yang dilakukan mencecah ratusan ringgit juga. Setiap bungkusan yang ada kesan gigitan telah kami buang untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit dan menjejaskan kualiti makanan yang dijual.

Akhirnya, kami menambahbaik rak & bekas simpanan bahan makanan untuk mengelakkan berulangnya tragedi Oktober ini. Alhamdulillah atas pengajaran mahal ini. 😁

🍕

19/10/2025

Thorbaikkk 👍🏻

Banyak isu penunggang agama kutip derma untuk kemewahan peribadi sehari dua ni. Oleh itu, Bakerich nak buat penafian @ (...
28/09/2025

Banyak isu penunggang agama kutip derma untuk kemewahan peribadi sehari dua ni.

Oleh itu, Bakerich nak buat penafian @ (disclaimer) bahawa tabung-tabung derma yg ada di kedai kami ni, adalah diluar tanggungjawab kami. Malah ada yg diletak & dikutip tanpa pengetahuan kami.

Pesanan kami, utamakan sedekah kepada ahli keluarga terdekat, jiran2, kemudian baru lah orang luar. Bereh belake deh 😁

04/09/2025

Di kedai kami pun dah tampal banyak notis larangan merokok, tapi ada juga yg tetap selamba merokok, kadang dalam kedai. Tak tergamak p**a nak marah kepada pelanggan, bukannya anak kecil. Harap semua perokok bertimbang rasa terhadap orang lain 😀

Antara perkara yang menyenangkan hati bos, bila staf menjaga amanah & disiplin dalam bekerja. 😀Tak kira pelanggan ramai ...
02/09/2025

Antara perkara yang menyenangkan hati bos, bila staf menjaga amanah & disiplin dalam bekerja. 😀

Tak kira pelanggan ramai atau tak, sebelum balik kedai mesti dalam keadaan bersih. Terima kasih semua staf terbaik 💪🏻

Anda yang jenis memilih tempat makan bersih setiap kali keluar makan, insyaAllah Bakerich Pizza boleh masuk dalam senarai anda, jemput singgah ya 🤗

12/08/2025
16/07/2025

Mutakhir ini, ramai orang yang terlibat dalam berniaga. Tidak kira secara online ataupun alam nyata. Namun saya lihat ada perkara yang perlu ditegur ketika mempromosikan barang yang dijual tersebut.

Ada segelintir peniaga yang bersumpah dengan nama Allah dalam melariskan barang jualan mereka. Ada influencer yang sebut ketika promosikan barangannya:

"Sumpah demi Allah wallahi, makanan ini sedap papa tak tipu. Berbaloi beli"

Jika ini dalam konteks untuk melariskan barang jualan, ia termasuk dalam hadis yang melarang bersumpah untuk melariskan jualan.

Rasulullah bersabda:

الْحَلِفُ مُنَفِّقَةٌ لِلسِّلْعَةِ مُمْحِقَةٌ لِلْبَرَكَةِ

“Bersumpah dapat melariskan barang jualan, tetapi ia menghilangkan keberkatan.” [HR al-Bukhari 2087]

Haram: Berdusta dengan bersumpah untuk melariskan jualan.

Makruh: Sekiranya memang bercakap benar namun bersumpah untuk melariskan jualan, hukumnya makruh dan akan menghilangkan keberkatan.

Hukum jual beli itu sah, namun yang kita kehendaki bukan semata-mata keuntungan. Keberkatan juga perlu dicari. Namun, jika terdapat aib atau kerosakan yang disembunyikan pada item yang dibeli sedangkan pembeli tidak mengetahuinya sewaktu akad jual beli maka pembeli ada hak untuk membatalkan jual beli. Ini dipanggil khiyar aib dalam fiqh Islam.

Dr Rozaimi Ramle

P.S: gambar mesyuarat di UniSIRAJ semalam sehingga tidak sempat makan.

Address

Bakerich Pizza, Lot 9504, Kampung Rhu Renggeh
Marang
21600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bakerich Pizza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bakerich Pizza:

Share