23/02/2024
Salam jumaat dan selamat memperbanyakkan ibadah di bulan Syaaban. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dlm Rahmat serta kasih sayang Allah SWT.
Antara 5 amalan utama yang digalakkan dalam bulan syaaban ini ialah :-
1. Solat fardhu tepat pada waktunya ada memperbanyakkan solat sunat
2. Memperbanyakkan istifar
3. Memperbanyakkan selawat
4. Membaca dan mentadabur Al Quran
5. Memperbanyakkan Doa
Abu Hurairah RA menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada kiamat ialah solatnya; jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah dia. Jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah SWT berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?” Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab,” — Hadis Riwayat Tirmizi
Semoga kita sama2 sentiasa dlm kasih sayang Allah SWT dan sama2 cemerlang dunia & akhirat.