Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab

Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab Perihal perkongsian kembara dan travelog
Travelog : Nostalgia 270 Hari - Aku, Afrika dan Pandemik :)

Terima kasih Siakap Keli atas siaran kisah penulis Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab .Dari momen membuat ...
02/02/2026

Terima kasih Siakap Keli atas siaran kisah penulis Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab .

Dari momen membuat pilihan pergi atau tidak ke Afrika, realiti di negara tersebut...
..momen paling berharga, momen tak dapat dilupakan, momen sertai misi kemanusiaan...
..momen terkena covid, momen penyelamatkan gadis dari kahwin paksa, momen mewakili Ghana ke Guyana
..semuanya digarap dengan baik oleh penulis.

"Kadang kala kita tidak akan tahu potensi sebenar diri sendiri selagi tidak berdepan dengan cabaran dan onak duri.

Lebih-lebih lagi ketika merantau di negara orang, banyak perkara tidak terjangka berlaku yang boleh menguji kekuatan diri.

Berada di negara asing dalam tempoh yang lama juga boleh mengubah persepsi tentang sesuatu perkara ...
..yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen, media sosial atau didengari dari mulut-mulut orang..."

Untuk bacaan penuh artikel boleh rujuk :

https://www.facebook.com/share/p/19d7q7FW9n/

Assalamualaikum for my Malaysian and Selangor network :) Jemput hadir sekiranya berkelapangan jam 2.00PM ke 3.00PM nanti...
07/12/2025

Assalamualaikum for my Malaysian and Selangor network :)

Jemput hadir sekiranya berkelapangan jam 2.00PM ke 3.00PM nanti ke booth Bookcafe.my

Sempena hari terakhir Selangor International Book Fair, insyaAllah kita cuba bersua muka, bertemu mata.

Jom belajar dari pengalaman www.norajane270hari.com

Nora Jane Wahab

Catatan dari Nora Jane Wahab ++++++Ethiopia adalah negara Afrika yang maju.Tadi kawan Ethiopia saya hantar gambar, bende...
22/11/2025

Catatan dari Nora Jane Wahab

++++++

Ethiopia adalah negara Afrika yang maju.

Tadi kawan Ethiopia saya hantar gambar, bendera Malaysia dan poster Perdana Menteri Anuar Ibrahim yang dia jumpa.

PMX ke Afrika, untuk urusan ekonomi dua negara.

Masuk ke Ethiopia akan jadi muda 7 tahun, sebab kalender lama Kristian Ortodok masih terpakai.

Masuk Ethiopia, kita akan dengar azan 7 kali sehari. Mangajak penganut Kristian Ortodok ke gereja.

Masuk Ethiopia, boleh keliru sekejap dengam makcik mereka, Muslim atau Kristian Ortodok kerana mereka berhijab.

Kopi Ethiopia, yang tak s**a kopi ( macam saya ) akan minum lagi dan lagi, buatan yang sangat pure & semulajadi.

Ethiopia tidak pernah dijajah, dia membangun dengan pencapaian sendiri, tapi eksplorasi ekonomi lebih 50% dengan China. Orang China sangat dihormati disini.

Tiga agama, Yahudi, Kristian dan Muslim hidup satu negara. Kawan Ethiopia kata, tiada isu agama di Ethiopia, cuma isu konflik adalah antara puak di kawasan tertentu.

Semua penganut agama di Ethiopia cukup berbangga dengan Ratu Sheba.

Itulah ratu yang membawa keturunan Nabi Sulaiman memperkasakan Ethiopia sehingga tak mampu dijajah.

Ratu Sheba, gelaran untuk Ratu Balqis bertemu Nabi Sulaiman dalam Surah An Naml ayat 20 hingga 44.

Konklusi ayat-ayat ni menceritakan burung hud-hud membawa berita tentang kerajaan Balqis kepada Nabi Sulaiman. Ratu Balqis tertarik dengan kebijaksanaan Nabi Sulaiman. Balqis akhirnya mengakui kebesaran Tuhan yang satu melalui kebijaksanaan Nabi Sulaiman.

Bila saya perhatikan orang Ethiopia, kenapa mereka sangat sayang Ratu Sheba (Balqis), tanpa mengira agama?

Masyarakat Ethiopia Kristian, Islam, dan bahkan yang tak beragama pun menghormati Ratu Sheba kerana beberapa sebab sejarah dan budaya.

Sebab? Beliau dikatakan pengasas tamadun purba Afrika disebut tamadun Aksum, simbol kekuatan, kebijaksanaan, dan kedaulatan Ethiopia, ratu yang memartabatkan Ethiopia dalam sejarah dunia

Ratu Balqis bukan simbol agama tetapi adalah sebahagian identiti nasional dan kebangsaan di Ethiopia.

Sebuah manuskrip Injil / Torah tertua di dunia sangat penting kepada Ethiopia. Manuskrip ni dikenali sebagai Kebra Nagast, dan mencatatkan diari penting seperti;

Ratu Sheba melawat Nabi Sulaiman di Jerusalem, dipercayai oleh masyarakat Ethiopia yang mereka bercinta.

Dari pertemuan dan cinta itu maka lahirlah Menelik I, raja Ethiopia pertama susur galur untuk raja-raja seterusnya termasuk yang menewaskan Itali 14 kalu untuk menawan Ethiopia.

Raja-raja Ethiopia selepas itu didakwa berketurunan Nabi Sulaiman dan Ratu Sheba p**a dianggap ibu kepada keturunan diraja mereka, tanpa kira agama apa.

Menarik kan? Saya 'tepek' gambar-gambar kota Addis Ababa dan gambar last saya di Addis Ababa.

Dekat komen, screenshot gambar dari kawan di Ethiopia bila dia nampak bendera Malaysia dan gambar PM Malaysia

Afrika sebenarnya banyak kisah dan sejarah. Saya ucapkan selamat datang PMX ke Ethiopia.

Mesti PMX s**a sebab vibe Ethiopia adalah "tenang". Saya merujuk pada vibe dalam bandar besar yang moden, Addis Ababa.

Semoga korang baca habis catatan saya đź« 
Buku travelog Afrika saya di : www.norajane270hari.com

Aku, Ethiopia dan Raja Sulaiman ---Kerja telah membawa Nora singgah di Addis Ababa, Ethiopia.Dari awal lagi, dia kagum d...
18/09/2025

Aku, Ethiopia dan Raja Sulaiman

---

Kerja telah membawa Nora singgah di Addis Ababa, Ethiopia.

Dari awal lagi, dia kagum dengan keunikan negara ini.

Salah satunya, orang Ethiopia tidak menyambut tahun baru pada 1 Januari seperti kebanyakan negara di dunia.

Mereka menggunakan kalendar khas yang mempunyai 13 bulan – 12 bulan dengan 30 hari, dan satu bulan pendek yang dipanggil Pagume, hanya 5 atau 6 hari.

Baru-baru ini, pada 11 September, sahabat-sahabat Nora dari negara Ethiopia telah menyambut tahun baru mereka yang dikenali sebagai Enkutatash.

Perayaan ini dikaitkan dengan kep**angan Ratu Balqis (Queen Sheba) ke Ethiopia selepas bertemu Raja Sulaiman ( Nabi Sulaiman a.s) di Jerusalem.

Menurut tradisi, Ratu Balqis dihadiahkan permata sebagai tanda penghormatan, lalu lahirlah nama Enkutatash, yang bermaksud “hadiah permata” dalam bahasa Amharic.

Ethiopia begitu istimewa kerana ia menjadi tanah bagi penganut Taurat, Injil dan al-Quran.

Uniknya, tanpa mengira agama, masyarakatnya tetap menghargai kisah Ratu Balqis dan Raja Sulaiman sebagai sebahagian daripada identiti negara mereka.

Nama Queen Sheba masih menjadi ikon besar, bahkan digunakan untuk penjenamaan seperti Ethiopian Airlines.

Majoriti rakyat Ethiopia berpegang kepada Kristian Ortodoks, dengan kitab Injil tertua di dunia, solat tujuh kali sehari, dan rukuk hampir menyerupai Muslim.

Bagi orang Ethiopia, Queen Sheba yang mengunjungi Raja Sulaiman dikatakan melahirkan seorang putera bernama Menelik I – pengasas Dinasti Sulaiman yang memerintah lebih 2,000 tahun hingga ke zaman Haile Selassie I.

Sepanjang sejarah, keturunan ini dikatakan mempertahankan Ethiopia daripada penjajahan, termasuk menewaskan Itali sebanyak 14 kali meskipun hanya berbekalkan senjata tradisional.

Di muzium negara, Nora melihat sendiri pakaian dan senjata pahlawan mereka.

Sahabatnya berbisik, “Nora, bayangkan, Itali datang dengan senjata moden, tapi pejuang kami tetap menang. Boleh bayangkan betapa kuatnya askar kami?”

Ethiopia juga terkenal dengan simbol singa yang sangat dekat dengan keturunan Raja Sulaiman.

Malah, askar-askar terdahulu menghiasi pakaian mereka dengan bulu singa, menjadikan Lion of Judah simbol kebangsaan dan rohani.

Bagi Nora, ini satu pengalaman luar biasa.

Ethiopia bukan sekadar negara dengan sejarah panjang, tetapi juga tempat di mana kisah dalam kitab suci seolah-olah “hidup” di sekeliling masyarakatnya.

Lebih menarik lagi, Ethiopia kini berada dalam tahun 2018 – tujuh tahun lebih muda berbanding dunia luar!


Bekerja, belajar dan menyaksikan ketakjuban sejarah.

Travelog Nora di negara Uganda >>> www.norajane270hari.com

Sedikit perkongsian buku travelog Nostalgia 270 Hari : Aku, Afrika dan Pandemik.Dalam Bab 3 - ada tulisan perihal cerita...
07/09/2025

Sedikit perkongsian buku travelog Nostalgia 270 Hari : Aku, Afrika dan Pandemik.

Dalam Bab 3 - ada tulisan perihal cerita politik dan sosio-agama negara Uganda.

Politik negara Uganda, agak terkenal di benua Afrika kerana presiden negaranya adalah antara yang paling lama duduk di jawatan tersebut. Bayangkan hampir 42 tahun!

Agama di negara Uganda, masyarakat majoritinya hampur 80% beragama Kristian dan 15% adalah Muslim. Pun begitu, dari sudut kebersatuan, penulis pernah melihat penganut agama Kristian datang membantu semasa acara solat aidilfitri di masjid.

Walaupun negara majoriti Kristian, Uganda adalah negara Afrika pertama yang mengumumkan bahawa bahawa pengamal LGBT akan dihukum bun.uh.

Agak kasar tapi bagi mereka LGBT bukan budaya orang Afrika, juga bukan budaya majoriti penganut agama Kristian.

Walaupun juga negara majoriti Kristian, kerajaan Uganda telah mengazetkan bahawa semua haiwan sembelihan dalam negara untuk tujuan komersial perlukan dibuat oleh orang Islam.

Ini kerana, mereka mahu pasaran haiwan sembelihan di makan diterima oleh semua agama walaupun Muslim hanya minoriti 15%.

Menarik bukan? Kita sangka Afrika tiada perkembangan, tiada toleransi, tiada pendidikan kerana mereka berada dalam definisi "negara dunia ketiga".

Beberapa cerita politik, cerita sosial dan cerita dari jalanan yang berjaya di sampaikan oleh penulis untuk pengetahuan kita semua.

Juga, cerita keberanian perihal mengambil risiko selaku seorang wanita yang berani bekerja di benua Afrika seorang diri tanpa ditemani ahli keluarga.

Teaser buku travelog saya boleh rujuk : www.norajane270hari.com

Untuk yang berminat dengan buku travelog ini boleh merujuk kepada pengedar di bawah :
Toko Buku Rakyat : Lot 3.32 Tingkat 2, Wisma Central, Jalan Ampang ( https://shorturl.at/BM3SV ) atau

secara online di :

Studio Buku Publika : https://www.facebook.com/studiobukukita
Bookcafe - https://shorturl.at/625rO
Tiktok - https://shorturl.at/xAMQv
Shopee - https://shopee.com.my/product/53742733/28137785525/
Lazada - https://shorturl.at/38wNb
================================

Jangan lupa dapatkan senaskhah atau dua, sebagai hadiah untuk diri sendiri dan untuk orang tersayang juga!

www.norajane270hari.com

TAK APA KITA HITAM, JANJI HATI KITA MURNI+++Sebuah catatan viral dari Puan Nora Jane , penulis buku travelog "Nostalgia ...
27/08/2025

TAK APA KITA HITAM, JANJI HATI KITA MURNI

+++

Sebuah catatan viral dari Puan Nora Jane , penulis buku travelog "Nostalgia 270 Hari : Aku, Afrika & Pandemik"

+++

Bila kita sebut pemain bola Afrika berkulit hitam ramai bermain di Liga Eropah, kita kena sebut dengan lebih tepat sikit.

Bukan pemain Afrika, tetapi pemain Barat Afrika ( West Africa ).

Sebab? Sangat jarang pemain Timur Afrika yang layak dan mampu ke Eropah.

60% pemain import di Liga Eropah adalah dari Barat Afrika : Ghana, Nigeria, Cameroon, Senegal dll.

Champion Timur Afrika bukan dengan bola sepak tapi ramai yang juara larian jarak jauh. Kenya, Uganda, Tanzania, Ethiopia.

Sehinggakan dibeli oleh negara US dan negara Arab untuk tolong 'berlari' atas nama negara mereka.

Dengan rezki Allah berpeluang duduk di dua-dua wilayah Barat & Timur Afrika, saya rasa saya ada jawapan sebab apa Barat Afrika lebih kuat dengan s**an bola.

Ini Sadio Mane. Posting kawan-kawan saya dari Barat Afrika di Linkedin banyak duk kongsi pengumuman terbaru Sadio.

Bagi saya pengumuman terbaru Sadio sangat menyentuh perasaan.

Apa yang Sadio buat adalah benda paling betul dalam mempengaruhi anak-anak muda disana ( baik Senegal atau Barat Afrika keseluruhannya ) ...
...untuk bangkit dari miskin tegar iaitu dengan dana & platform pendidikan juga melihat masa depan melalui s**an.

Pengumuman Sadio :

"Saya sangat gembira untuk mengumumkan siapnya sekolah rendah hingga menengah yang saya bina dengan dana saya sendiri di negara saya Senegal...
..Saya juga telah melabur dalam infrastruktur untuk menghubungkan 16 kampung di Senegal untuk memberi mereka akses kepada jalan raya, pasar, air...
.. dan elektrik antara lain, sambil mewujudkan peluang pekerjaan penting untuk golongan muda.

Untuk menggalakkan disiplin melalui s**an, saya telah menyiapkan dan merasmikan stadium bola sepak, akademi bola sepak di Senegal ...
...dan membeli sebuah kelab bola sepak di Perancis untuk menggalakkan profesionalisme, disiplin dan semangat kes**anan orang muda,"

Pengalaman saya pernah duduk berbual dengan anak-anak remaja Ghana disebuah majlis meraikan anak-anak yatim...
.. hampir 8 dari 10 mahu jadi 'footballer'. Semuanya mahu jadi seperti Muhammad Kudus. ( Sadio Mane versi Ghana )

Sadio, bukan sekadar pemain bola, bukan sekadar pempengaruh, tapi bekas anak miskin dari pekan setinggan di Barat Afrika yang telah beri inspirasi pada komunitinya.

Dia ada misi hidup, "living a life with purpose".

Anak muda kita jangan ralit dengan gossip & fitnah politik, sebab anak muda Senegal & Ghana tengah 'ralit' dengan inspirasi dari Sadio & Kudus.

Apa yang baik kita ambil pengajaran ke negara kita untuk orang muda kita rasa tercabar.

Hitam pun tak apa, janji memberi inspirasi.
Terima kasih Sadio untuk inspirasi.

A very humble person, living life with a purpose.

Nora Jane Wahab
Travelog Afrika dari Nora Jane : norajane270hari.com

Aku, Ghana & Kapten Maxwell yang dibunuh 'netizen'++++Gambar saya di Pekan Takoradi, Takoradi, Wilayah Barat negara Ghan...
20/08/2025

Aku, Ghana & Kapten Maxwell yang dibunuh 'netizen'

++++

Gambar saya di Pekan Takoradi, Takoradi, Wilayah Barat negara Ghana.

Sementelaah cerita kita di Malaysia buat kita sibuk dan tak lekang nak tahu status terbaru perihal bunuh & buli yang sedang hangat, saya teringat satu cerita di Ghana...
..yang telah memaksa kerajaan Ghana buat undang-undang ketat...

Ini cerita benar dari Ghana, dari mulut kawan Ghana saya.

Pada Mei 2017, seorang askar bernama Kapten Maxwell Mahama sedang berjoging dalam sebuah kampung..
.dia jogging dengan pakaian biasa tapi ada pistol dekat pinggang dia..
.dia ditugaskan di kawasan kampung tu untuk urusan menyelia kawasan perlombongan..
.kebetulan, semalam atau dua malam sebelumnya ada kecuriaan belaku di kejiranan kampung tu..

Pun, kecurian dikalangan orang kampung saja. Tidaklah dihebohkan diperbesarkan..

Tapi, salah faham telah berlaku bila penduduk nampak pistol di pinggang seorang lelaki yang sedang jogging.

Disebabkan tanpa pakaian askar, maka Kapten Maxwell ni dikejar, dilontarkan batu, ditangan-tangankan oleh penduduk kampung.

Sebabnya? Dia disangka pencuri yang dikecoh-kecoh oleh orang kampung.

Tanpa usul periksa, orang kampung pukul, baling batu & bakar tubuhnya.

Walaupun dia ada pistol, dia tidak guna pistol tu untuk tembak merata bagi mempertahankan diri dia.

Dalam keadaan dibakar dia sempat laung dan sempat merayu: " tolong, aku askar, aku bukan pencuri!”

Lebih kurang macam tu lah dia melolong. Tapi siapa nak dengar waktu tu emosi 'netizen' kampung naik shehhhh macam mereka tu Tuhan. 🤧

Tragedi ini buat seluruh Ghana marah. Kapten Maxwell mati ditangan 'netizen' yang emo, dalam keadaan tak terduga...dan tragis..

Kump**an askar turun ke kampung dan sangat marah. Penduduk yang terlibat, apa boleh buat, terpaksalah menyesal bila tahu orang tak bersalah yang mereka pukul...

Berbalik pada Kapten Maxwell, kerajaan Ghana beri penghormatan dengan menjalankan pengkebumian beliau di peringkat tertinggi negara, naikkan pangkatnya jadi Mejar, dirikan tugu peringatan, dan tubuhkan tabung khas untuk keluarganya.

Dia dinobat askar yang mulia kerana satu das tembakan pun tidak dihala pada orang kampung yang menyerang dia...

Selepas 6 tahun perbicaraan berlangsung terhadap orang kampung yang duk pukul Kapten membabi buta tu...

Maka seramai 12 orang dipenjara seumur hidup, 2 dibebaskan.

Selepas peristiwa ni, kerajaan Ghana buat undang-undang tegas dan semua orang 'alert' dengan kejadian ni.

Undang-undang Ghana adalah, sesiapa yang dituduh, perlu dihantar ke pihak berkuasa iaitu polis dan...
.. sebarang pukul-memukul tidak dibenarkan sekali pun orang tu dipercayai penjenayah. Tak boleh tangan-tangankan orang ses**a hati.

Dan, bila driver saya dan driver lain memandu atas jalan raya, kalau mereka tak puas hati dengan pemandu mana-mana atas jalan...
.paling ganas pun, angkat tangan dan bebel saja. Muka nampak garang, tapi dalam bonek takda parang nak buat bergaduh.

Sebut "sorry charlieeee". Semua settle.

Charlie, adalah panggilan manja untuk sesama mereka walaupun takdak sapa pun yang nama Charlie waktu tu..

Jadi Charlie semua, pengajaran dari cerita ni adalah, jangan tuduh orang sebarangan. Biar sistem dan pihak berkuasa tentukan dan selebihnya kita ada Tuhan untuk terus menunjukkan keadilan ;)



Buku travelog saya : Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab / norajane270hari.com

Sebab hari ni hari Jumaat, saya nak berkongsi foto lawatan saya ke masjid kedua terbesar di Afrika Barat. Sekadar momen ...
15/08/2025

Sebab hari ni hari Jumaat, saya nak berkongsi foto lawatan saya ke masjid kedua terbesar di Afrika Barat. Sekadar momen throwback.

Dengan dana yang datang daripada rakyat Turki, masjid yang terletak di Lebuhraya Kanda, Accra, Ghana ini menghimpunkan bukan sahaja jemaah lelaki, malah jemaah wanita juga ketika solat Jumaat.

Keadaan ini sangat berbeza dengan masjid di Malaysia ketika solat Jumaat, di mana hanya kaum lelaki hadir untuk ibadah mingguan macam ni.

++++

Tak kenal maka tak cinta.
Tak kembara maka tak tahu.

Selamat Hari Jumaat dan selamat berhujung minggu!

Inilah Ghana. Sebuah negara yang rakyatnya hidup dengan penuh ketabahan...

Untuk buku travelog saya: www.norajane270hari.com (tulisan dalam bahasa Melayu).



Nora Jane Wahab
Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab

Address

Ara Damansara
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Travelog & Nostalgia 270 Hari by Nora Jane Wahab:

Share