Kraf Holdings Sdn Bhd

Kraf Holdings Sdn Bhd HANDICRAFT SUPPLIER FOR MALAYSIAN CRAFT
Visit our Craft Shoppe at Templer Park, Rawang KH Craft Shoppe merupakan outlet jualan Syarikat Kraf Holdings Sdn. Bhd.

yang terletak di Institut Kraf Negara (IKN). KH Craft Shoppe menawarkan keperlbagaian produk kraftangan hasil keluaran bekas pelajar IKN, Inkubator dan Usahawan Kraf Tempatan pada harga yang sangat berpatutan.

20/01/2026

Detail halus atau garisan tebal semuanya bermula dengan canting yang betul.

Kami sediakan canting batik pelbagai saiz.
Nak tahu saiz apa yang ada? DM kami sekarang 🎨





19/01/2026

Lengkapkan hasil batik & tenunan anda dengan pewarna Remazol berkualiti 🎨 Tersedia dalam pelbagai saiz 100g | 250g | 500g | 1kg dengan pelbagai pilihan warna.

Nak tahu warna apa yang ready stock? DM sekarang πŸ“©





26/06/2025

1 MUHARRAM 1447 H | 26 JUN 2025 M
Awal Muharram bukan sekadar permulaan kalendar Islam yang baharu, tetapi juga detik bermakna untuk kita merenung kembali perjalanan lalu dan merancang langkah ke hadapan.

Marilah kita bersama-sama menyambut tahun baharu Islam ini dengan semangat memperbaharui diri, memperkukuh iman, memperluas ilmu, dan mempertingkat amal. Semoga setiap hijrah yang kita lakukan, sama ada besar atau kecil, menjadi jalan menuju keberkatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi juga perubahan hati, pemikiran dan tindakan ke arah kebaikan.

πŸŒ™ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H πŸŒ™
Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga Kerja
Kraf Holdings Sdn Bhd






15/06/2025

15 Jun 2025 | Ahad
Selamat Hari Bapa kepada semua insan hebat bergelar ayah. Terima kasih atas dorongan. Terima kasih atas sokongan. Terima kasih atas pengorbanan dan terima kasih atas kasih sayang yang tiada sempadan. Anda adalah wira kami!

Ayah mungkin tak banyak cakap, tapi support system dia tak pernah cuti.

Ayah mungkin bukan tukang ukir, tapi setiap nasihat dia terukir dihati.

β™₯️








06/06/2025

10 ZULHIJJAH 1446 H | 7 JUN 2025 M
Dalam gema takbir, ada seruan ikhlas menuju redha Ilahi.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia. Semoga setiap pengorbanan kita diterima Allah dan setiap langkah diiringi rahmat dan keberkatan yang berpanjangan, tanpa henti dalam hidup kita.

Setulus Ikhlas,
Pengurusan Dan Warga Kerja
Kraf Holdings Sdn. Bhd.







DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-...
02/06/2025

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 2 Jun 2025 Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.

Sembah Takzim Daripada,
Pengurusan dan Warga Kerja
Kraf Holdings Sdn Bhd

30/05/2025

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2025 🌾
Kepada seluruh warga Sabah dan Sarawak yang meraikannya, semoga sambutan kali ini membawa keceriaan, kebahagian, kesihatan, rezeki yang melimpah dan keamanan yang berpanjangan.

🌾 Raikan Warisan, Syukuri Rezeki, Semarakkan Perpaduan.
🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai!

Ikhlas,
Pengurusan dan Warga Kerja
KRAF HOLDINGS SDN BHD






Festival Kraf Pantai Timur 2025 kembali dengan pelbagai produk kraf tempatan yang autentik dan berkualiti. Kalau tak dat...
22/05/2025

Festival Kraf Pantai Timur 2025 kembali dengan pelbagai produk kraf tempatan yang autentik dan berkualiti. Kalau tak datang, rugi wehhh!
Macam-macam hasil tangan orang kita – rare, cantik, penuh seni.

πŸ“ East Coast Mall, Kuantan, Pahang
πŸ“… 22 Mei 2025 – 3 Jun 2025
πŸ•™ 10 pagi – 10 malam

πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN FESTIVAL KRAF PANTAI TIMUR 2025! πŸŽ‰

πŸ“… Tarikh: 22 Mei – 3 Jun 2025
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Lokasi: East Coast Mall, Kuantan, Pahang

Temui keunikan warisan seni kraf tempatan di FKPT 2025 ini! Pelbagai aktiviti menarik yang menanti:

πŸ”Ή Jualan Produk Kraf
πŸ”Ή Pameran Institut Kraf Negara & Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja
πŸ”Ή Pameran Ini Kraf Malaysia
πŸ”Ή Demonstrasi Kraf
πŸ”Ή Aktiviti Interaktif Kraf

✨ Bawa keluarga dan rakan-rakan, sokong seni kraf tempatan dan hayati keindahan seni warisan negara!








15/05/2025

16 Mei 2025 | Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh negara yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk menyebarkan ilmu dan membentuk insan berpengetahuan, berdaya saing dan berakhlak mulia.

Khusus buat tenaga pengajar dalam bidang kraf, penghargaan tertinggi kami hulurkan atas usaha gigih anda mendidik anak bangsa memelihara, memartabat dan meneruskan kraf warisan negara melalui sentuhan tangan yang penuh kehalusan dan jiwa yang luhur. Anda bukan sekadar mengajar teknik dan kemahiran, anda mendidik generasi pewaris untuk menghargai nilai, ketekunan, dan identiti bangsa.

Guru Insani . Penerang Ilmu . Penyemai Budi

TERIMA KASIH, CIKGU!







ISNIN | 12 MEI 2025Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.Semoga semangat kasih sayang dan keha...
11/05/2025

ISNIN | 12 MEI 2025
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.

Semoga semangat kasih sayang dan keharmonian terus subur dalam masyarakat majmuk ini serta membawa kedamaian, kebahagian dan kesejahteraan kepada anda semua yang meraikan.

Ikhlas,
Pengurusan dan Warga Kerja
KRAF HOLDINGS SDN BHD





Kraf Tempatan : Inovasi & KolaborasiπŸ“ 6 Mei 2025 | PerakKraf Holdings Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan ke Perbadanan...
07/05/2025

Kraf Tempatan : Inovasi & Kolaborasi

πŸ“ 6 Mei 2025 | Perak

Kraf Holdings Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, bertemu dengan Inkubator dan Usahawan Kraf Perak untuk meneroka peluang serta memperkukuhkan hubungan dalam industri.

Dalam sesi penuh inspirasi bersama Pengarah PKKM Cawangan Perak Encik Mohamad Rizan bin Mohamad Nordin, Pengurus Kraf Holdings Sdn. Bhd., Cik Farah Aini binti Mohd Tahar serta Usahawan dari Kraftangan Perak. Perbincangan tertumpu kepada pemanfaatan sumber kraf tempatan dan strategi kolaborasi bagi mengukuhkan pasaran.

Usaha ini membuka lebih banyak peluang kepada usahawan untuk berkarya dan memperkenalkan produk mereka kepada pasaran yang lebih luas.

Di bengkel yang dipenuhi kreativiti, sesi perbincangan turut membincangkan strategi pemasaran terkini bagi bahan mentah dan produk kraf tempatan. Dengan semangat kolaborasi dan inovasi, inisiatif ini diharap dapat memperkasakan industri kraf serta memberi impak positif kepada penggiat seni tempatan.

✨ Nantikan hasil terbaru daripada para usahawan iniβ€”teruskan sokongan anda untuk industri kraf Malaysia!*







Address

Institut Kraf Negara
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kraf Holdings Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share