19/06/2024
AAAA BANYAKNYA KERJA NAK KENA SIAPKAN 😩😩 Takpela kan lambat lagi nk kena hantar, nanti la aku buat.
Haaa mesti korang semua macam ni jugak kan s**a buat kerja last minute. Lepastu semua kerja jadi tak siap pun.
Meh sini saya share sikit supaya korang boleh siapkan kerja awal waktu 😏
1- Buang segala gangguan yang ada
= Masa korang nak start buat kerja tu, pastikan silent phone dan tutup segala gajet yang ada supaya korang tak terganggu dengan bunyi notifikasi.
2- Set masa belajar
= Bila dah set masa, korang akan tahu berapa lama masa yang korang ada untuk siapkan kerja, dan bila masa untuk rehat.
3- Tahu masa aktif kita
= Pastikan korang mula buat kerja semasa korang sedang aktif dan bertenaga. Jangan buat kerja semasa korang mengantuk sebab nanti mesti akan tertido.
4- Gunakan headphone
= Kalau korang jenis yang biasa dengar lagu sambil siapkan kerja, pastikan guna earphones atau headphones supaya korang tak terganggu dengan bunyi bising di luar.
5- Reward diri sendiri
= Ini tips yang paling dis**ai orang ramai. Lepas dah siap kerja korang tu, pastikan korang reward diri sendiri sebagai tanda penghargaan atas usaha yang korang dah buat. Dengan cara ni, mesti korang lagi semangat nak siapkan banyak lagi kerja 🤩
Lepas dah cuba tips ni mesti korang takde rasa nak ‘procrastinate’ dah bila nak buat kerja 😁 Goodluck!!
=====================================
Bagi anda yang mahu membuat tempahan crochet sama ada dalam catalog ataupun mahu custom, Sila klik link di bawah untuk pertanyaan lanjut.
https://www.wasap.my/60104261817/nakordercrochet