13/01/2020
🌭 ROTI SAUSAGE WHOLEMEAL 🌭
Satu juadah yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Bagi menambahkan gizi pada mereka, sekali lagi penggunaan tepung wholemeal diketengahkan agar golongan ini mendapat khasiat makanan yang secukupnya.
Here we go!!
🍞BAHAN-BAHAN UTAMA🍞
Tepung berprotein tinggi - 400grm
Tepung wholemeal penuh - 200grm
Susu segar - 300ml
Gula - 70grm
Garam - 2 sudu kecil
Yeast - 20 grm
Telur - 1 biji
Shortening- 1 sudu besar
Bread improver - 1 sudu besar
Marjerin @ mentega - 2 sudu besar
20 batang sausage
🍞BAHAN-BAHAN KEMASAN🍞
Mentega @ marjerin - Secukup untuk sapuan pada atas roti
Kuning telur - 1 biji
Susu segar - 10 ml
Bijan - secukupnya
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Di dalam drum penguli oven Noxxa, masukkan susu, telur disusuli dengan tepung berprotein tinggi, tepung wholemeal, gula, garam, bread improver, shortening dan yeast.
2. Hentak-hentakkan sedikit drum dan masukkan ke dalam oven Noxxa.
3. Tekan butang ’Bread’ dan setkan kepada ’Dough’ (tekan 10 kali).
4. Paparan 1:30 akan keluar pada skrin dan tekan butang ’Start’.
5. Oven akan menguli dan mengembangkan doh dalam masa 1 jam 30 minit.
6. Setelah selesai, pukul dan tumbuk-tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin dan memudahkan ia dibentuk.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN HASIL DOH YANG BAIK
1. Setelah doh dipukul, bahagikan doh mengikut jumlah yang dikehendaki (pandak membahagikan kepada 20 bahagian yang mana setiap 1 doh lebih kurang 60g)
2. Tepuk doh bagi mengeluarkan angin yang berlebihan dan bentukan bulat-bulat lalu disusun elok-elok di atas dulang.
3. Rehatkan seketika dalam 5 minit.
4. Kemudian tepuk-tepukkan doh sekali lagi dan bentukkan doh secara ‘urut dan tarik’ agar ia memanjang (lebih kurang 1 kali ganda panjang saiz sausage).
5. Ambil sebatang sausage dan balutkan dengan doh yang dipanjangkan sebentar tadi.
6. Susun doh secara teratur di dalam loyang yang telah digriskan.
7. Satukan kuning telur dengan susu dan sapukan di atas gulungan sausage tadi.
8. Taburkan sedikit bijan di atasnya.
10. Perap doh di dalam oven (gunakan butang oven - bake) dengan menggunakan suhu 55 darjah celcius selama 20 minit (bergantung kepada saiz doh).
7. Setelah peperapan selesai, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 185 darjah celcius dan bakar doh selama lebih kurang 20 minit.
8. Setelah masak, segera sapukan mentega @ marjerin pada atas permukaan roti agar roti menjadi lembut.
👵🏻PETUA NENEK :
Adunan doh ini juga tanpa menggunakan tepung wholemeal sekiranya ingin mendapatkan rasa roti putih. Caranya ialah dengan menggunakan tepung roti berprotein tinggi 600g.
Selamat mencuba kawan-kawan!!!
Nak pandai lagi?
Datang kelas ye kak
♨ KELAS ROTI ASAS & MASAKAN
📆 : 9 Februari 2020 (Ahad)
⏰ : 2.00 pm - 5.00 pm
📍 : Taman Mutiara, Raub.
Tekan je link ni terus :