04/09/2024
Ramai yang mesej dan tanya pasal video “Nak balik mok” yang saya kongsi kat Facebook tu. Tak sangka video tu jadi viral, buat ramai kawan-kawan yang risau dan terus hubungi saya.
Dua bulan berturut-turut, saya jadi “tetamu tetap” di wad Hospital Avisena. Both time saya kena tahan dalam wad selama 4-5 hari.
Kisahnya bermula bulan Julai, masa saya kena masuk hospital sebab tekanan darah tinggi. Bacaan masa tu memang menakutkan—200/104. Ingat lagi malam tu, masa saya terpaksa masuk emergency, rasa berdebar gila.
Masa kejadian tu say baru ambil anak dari sekolah petang tapi sedang memandu tu ada perasaan lain macam. Kepala rasa pusing dan jantung degup laju sangat.
Lepas hantar anak ke rumah saya kemudian terus ke hospital. Doktor terus rujuk saya kat pakar kardiologi, dan saya kena tahan kat wad untuk pemantauan.
Lima hari di hospital, sampai tiga doktor pakar yang jaga saya. Macam-macam perasaan bercampur baur—takut, risau. Fikir anak, fikir apa nak jadi macam-macm.
Tapi ada satu kisah menarik masa saya kat bilik CT Scan, nanti cerita tu saya simpan untuk lain kali. Boleh buat sambungan nanti, kan?
Okay then masuk bulan Ogos, sekali lagi saya kena masuk hospital. Kali ni, sebab keracunan makanan. Kami sekeluarga makan menu yang sama, tapi entah macam mana saya seorang saja yang jatuh sakit.
Tiga hari saya menahan panas badan demam dan cirit-birit kat rumah, sampai badan jadi dehydrated. Suami yang risau tengok saya makin teruk, terus bawa saya ke hospital.
Doktor tak tunggu lama, terus tahan saya kat wad. Sepuluh botol air dan tiga botol antibiotik dimasukkan melalui IV line. Rasa lembik betul bila kena food poisoning kali ni.
Berulang masuk tandas dengan sebelah tangan berselirat dengan saluran IV line. Sampai bengkak tangan sebab terlalu banyak bergerak. Memang sangat mencabar sebab saya jenis yang susah nurse nak cucuk jarum cari urat.
Dalam hidup yang dah makin penghujung. Kadang kita ambil ringan soal kesihatan. Jika dulu mungkin boleh makan apa saja yang teringin. Jika dulu mungkin kerja sampai malam itu biasa.
Tapi sekarang, nikmat sihat yang dulu saya selalu rasai, kini sedikit demi sedikit Allah ambil. Mungkin ini cara Allah menegur saya, supaya jangan terlalu leka dengan masa yang ada.
Mungkin ini masa untuk saya lebih menghargai setiap detik, dan sedar bahawa semua yang kita ada ni hanyalah pinjaman.