01/03/2025
📌 Resipi Ramadhan Dengan MATA
Jom buka posa dengan lauk sedap! 🌙💛 Kali ni Kak Jamilah nak habaq resepi senang gila, sesuai untuk sapa-sapa yang sibuk kerja tapi tetap nak hidang makanan sedap untuk keluarga.
✨ Ayam Masak Kicap Jintan MATA
💪 Lauk simple, tapi rasa padu!
Campoq ja Serbuk Jintan Manis, Serbuk Kunyit, Lada Hitam & Serbuk Cili Cap MATA, confirm cukup rasa! Tak payah dok pening, buat lauk ni sat ja siap, anak-anak pun s**a!
Resepi ada kat bawah ⬇️⬇️
Dah cuba nanti, jangan lupa tag Kak Jamilah naa! 😍
Ayam Masak Kicap Jintan
Bahan-bahannya:
12 ketul ayam dan digaul dengan Serbuk Kunyit Cap Mata (goreng separuh masak)
Minyak untuk menumis dan menggoreng
3 sudu sos cili
3 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu Serbuk Jintan Manis Cap Mata
1/2 sudu Serbuk Lada Hitam
Cap Mata
1/2 sudu Serbuk Cili Cap Mata (pilihan)
1 batang kulit kayu manis
2 biji ubi kentang dipotong kecil
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
*kisar dan jadikan pes
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kulit kayu manis sehingga wamgi.
2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam. Gaul mesra. Boleh tambahkan sedikit serbuk cili jika mahu rasa pedas.
3. Seterusnya masukkan sos cili, kicap manis dan tambahkan sedikit air. Jika s**a kuah yang banyak, boleh lebihkan air.
4. Kemudian masukkan ubi kentang.
5. Apabila ubi hampir lembut masukkan p**a ayam yang telah digoreng separuh masak. Masak seketika sehingga ubi lembut dan ayam masak sepenuhnya.
6. Tambahkan garam (jika perlu)
7. Akhir sekali boleh masukkan hirisan bawang merah, lobak merah, hirisan cili hijau, tomato ataupun lain-lain sayuran kes**aan.
7. Siap!
Selamat mencuba & Selamat Berpuasa!