ALAMi Nusantara Studio

ALAMi Nusantara Studio Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ALAMi Nusantara Studio, Arts & Crafts Store, Sungai Petani.

04/03/2023

*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ الرَّحِيْمِ*

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

GENGGAM AMANAH LELUHUR ~ BerAkar TAUHiD, Berdahan KASiH, BerKelopak BUDi

Baginda Rasullullah Sallallahu alaihi wa sallam, gerbang tunggal meraih segalanya Allah. Segala khazanah agung leluhur silam berpasak tunjang kasihkan Baginda Junjungan.

Segalanya tidak kosong dan sia sia, bukan persembahan, bukan permainan belaka. Tiada langkah, tiada jurus, tiada renjis, tiada gerak dan diam melainkan untuk menjulang keagungan Allah dan RasulNya.

Ketuanan Melayu bukan tentang keunggulan bangsa Melayu, tetapi adalah amanat yang tertanggung di atas bahu setiap anak Melayu untuk menjulang kalimatul Haq, menjulang keunggulan Allah dan RasulNya, menjunjung ketauhidan, kasih dan budi, sehingga terpelihara maruah dan kehurmatan setiap insan yang bernaung hidup di tanah Melayu..

NARATIF KEINSANAN

Bertamu di halaman rindu. khazanah tetua tidak pernah luntur, memanggil lembut sekalian anak cucu mendakap kembali amanat leluhur, jangan sesekali undur. Kenal Diri Mengenal Tuhan, kenal bangsa mengisi peranan.

Melalui jabat tangan ayahanda & bonda, yang menyambung dengan sekalian genggam tangan sepanjang panjang silsilah leluhur yang berjasa, ada cherita, ada doa dan harap, ada kasih, ada wasiat, ada pedoman yang diperturunkan buat bangsa ini ditempatkan di belahan timur hujung di hujung zaman... Usahlah diputuskan jalinan keramat itu dengan lupa atau durhaka kepada mereka....

Menoreh kembali alur penceritaan leluhur insan
yang disergap lupa, terkambus zaman..

Sejujurnya dalam bening kesedaran alam, nur Muhammad itu sejati dan sebati sekali dengan alam, bahkan Baginda adalah sayyidul wujud, yang kerananya dibentangkan seluas luas alam, dari sebesar besar galaksi sehingga sehalus halus kuman, Baginda Ruhul Kainat, nyawa semesta, yang dinobat Tuhan, gerbang tunggal rahmat buat seluruh juzuk alam. Allah Sang Maha Pengurnia, sedang Bagindalah tangan yang mengagih. Sehingga tidak ada satu pun kewujudan yang terpisah dari Baginda sallallahu alaihi wa sallam.

Menguak kembali kisah pertemuan Nabi Adam as, insan pertama, dengan keluhuran dan keagungan Nur Muhammad, di kenyamanan syurgawi, telah mengirim pedoman yang demikian sakral, betapa kelengahan, kelupaan, keterlanjuran insani itu wajar menjadi pakaian dirinya. Namun rahmat keampunan dan keredhaan Tuhan pantas menyapa insan mellalui gerbangnya Nabi Muhammad.. Nabi Adam dididik Tuhan, betapa kesejukan rahmat dan keampunan menitis deras melalui Nabi Muhammad, yang kerananya Adam dan alam dicipta menjadi nyata.

Jikalau naratif ini hidup, kembali menyegar, menyelinap di dalam segala urat benak, akal bawah sedar insan, niscaya teguhlah batang tubuh keimanannya, barangkali tiada mudah dicemar sogokan hasotan segala muatan pemikiran moden yang terpasong pada segalanya kebendaan, yang terputus hubungan batin dengan leluhurnya yang berpangkal syurgawi...

MENAGIH TILIKAN MAHA AGUNG

Segala bentuk luka Keterpisahan, Sembuh dan bertaut kembali saat kehaderan cinta kasih terhadap Sayyidul Wujud, Sayyidina Muhammad Ibni Abdillah Sallallahu Alaihi Wa Sallam menyapa hati anak negeri.

Sebesar-besar tugas anak Melayu, menungkah cabaran menggila fitnah zaman hujung ini adalah berusaha meraih Tilikan dan Pertolongan Allah swt melalui gerbang tunggalnya Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Tak Akan Pernah Bangkit Bangsa Ini Selama Tidak Disangga Pertolongan Allah. Allah Penguasa Dan Pencipta Agung Seluruh Jagadraya, Penentu Mutlak Segala Garis Takdir Makhluk Ciptaannya Nyata Dan Ghaib, Maka Tatkala Datang Bantuan Allah, Datangnya Dalam Berbagai Bentuk, Tiada Tertakluk Kepada Ruang Sempit Fikir Manusia, Bebas Sekehendaknya, Melalui Jalan Zahir Mahupun Yang Batin.

Kalaulah Tidak Mampu Disentuh Akal, Usahlah Melulu Menolak, Menafi, Menuduh Dan Menghukum, Sungguh Tiada Daya Upaya Makhluk Melainkan Dengan Kekuatan Allah, Dengan Berkahnya Sayyidina Rasulillah Salllahu Alaihi Wa Salam.

Hanya Kepada Allah Kita Berserah. Nah! Sepasrah pasrah berserah, wajar ditadah dengan segagah gagah gerak ikhtiar menempuh segala rongga asbab, merancang, merencana, mengelak, bertahan, menyerang, tanpa jerit, tanpa pekik..Telan dan Hadam kepahitan Jadam, untuk kelak pandai menghargai kemanisan Madu..

Wallahua'lam..

Marilah sekalian anak Negeri, bersama mengangkat suara, memuja Allah, memuji baginda Nabi, perbanyakkan berselawat dan salam, menagih tilikan Tuhan dengan berkah KekasihNya Sayyidul Wujud...

Allahu Musta'an, Sollu alan Nabiy

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

MAWLID AGUNG ALAM MELAYU 2022*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ الرَّحِيْمِ* *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*Sem...
20/10/2022

MAWLID AGUNG ALAM MELAYU 2022

*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ الرَّحِيْمِ*

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Sempena GENDERANG 1000 PENDEKAR & HAUL PERANG MUSUH BISIK.

JUMAAT 21 OKTOBER 2022
MAGHRIB HINGGA SELESAI
MUZIUM KOTA KUALA KEDAH, ALOR STAR

MENGGEMA KALBU ANAK NEGERI...
Bertamu di halaman rindu. khazanah tetua tidak pernah luntur..memanggil lembut sekalian anak cucu mendakap kembali amanat leluhur, jangan sesekali undur. kenal diri mengenal Tuhan, kenal bangsa mengisi peranan. Takkan sia sia dan percuma bangsa ini ditempatkan di belahan timur hujung di hujung zaman..

MAWLID AGUNG ALAM MELAYU, SEBUAH IKHTIAR PENGHAYATAN..

Tiada yang remeh segalanya Nabi, Baginda cahaya Yang menghidupkan pelita padam,
Berhimpon sekalian anak negeri, Menjemput rahmat ke seluruh alam..

Dekat jauh tiada berjarak,
Berbenang emas kasih disulam, RabiulAwwal langkah semarak, Menjabat salam Ruhul alam.

Kasihnya Baginda tiada terperi, Indah berbudi, gemilang bistari, Menjemput hurmat anak negeri, Bersama semajlis di Mawlid Nabi..

Setiap Yang hader adalah Ahli Majlis, Ahli qasidah, munsyid sejati, tiada yang dipertonton, tiada Yang menonton, tiada yang mempersembah, tiada yang dipersembah, tidak ada Yang namanya persembahan, melainkan ikhtiar penghayatan, sekalian anak negeri, satu gerak, satu jiwa, walau di dalam keragaman dan kemeriahan warna dan lambang, pelbagai sepanduk atau pertubuhan..
Sama² Semajlis Mengenang detik dan saat Agung, kelahiran Baginda Nabi, Di muka alam dengan penuh kesyukuran Dan kegembiraan.. hanya kesedaran hati sajalah Yang merasai kehadiran atau kehilangan... dipanggil datang, ditinggal pergi..

Wallahualam, Allahu Musta'an, Sollu alan Nabiy..

Di jemput hader seluruh anak negeri..

JADWAL MAJLIS MAWLID AGUNG ALAM MELAYU RABIUL AWWAL 1444 H

21 Oktober 2022 [Jumaat] 24 Rabiul Awwal 1444H
MAWLID AGUNG ALAM MELAYU SEMPENA GENDERANG 1000 PENDEKAR
FESTIVAL KOTA KUALA KEDAH
•Perkarangan Muzium Kota Kuala Kedah
•5 ptg - 12.00 tgh malam •Perarakan Mawlid Beristiadat & Berbusana, Tahlil, Munajat, Mawlid.

Ada rejeki, ada umur, ada IjinNya berimpon sekalian kita anak negeri bersama semajlis..

InshaAllah...Allahu Musta’an Sollu Alan Nabiy..

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

❤️💜❤️💜❤️💜❤️💜❤️💜❤️💜

Ratib Alami
Khadim Majlis : 0126803971
MAWLID AGUNG ALAM MELAYU
RABIUL AWWAL 1444H

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5566026853435138&id=287722754598934











16/10/2022

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BERGUMBIRA SEKALIAN ANAK NEGERI
DI BELAHAN TANAH HUJUNG DI HUJUNG ZAMAN

Dengan perutusan Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, sekalian anak negeri diperintah untuk bersyukur sepenuh gumbira meraikan majlis mawlid nabi. Baginda gerbang tunggal menggapai Al Hayyu.. tidak ada satu juzuk alami pun yang terpisah Dari Baginda nabi SAW....

Sejujurnya dalam bening kesedaran alam, nur Muhammad itu sejati dan sebati sekali dengan alam, bahkan Baginda adalah sayyidul wujud, yang kerananya dibentangkan seluas luas alam, dari sebesar besar galaksi sehingga sehalus halus kuman, Baginda Ruhul Kainat, nyawa semesta, yang dinobat Tuhan, gerbang tunggal rahmat buat seluruh juzuk alam.

Allah Sang Maha Pengurnia, sedang Bagindalah tangan yang mengagih. Sehingga tidak ada satu pun kewujudan yang terpisah dari Baginda sallallahu alaihi wa sallam. Segala bentuk luka Keterpisahan, Sembuh dan bertaut kembali saat kehaderan cinta kasih terhadap Sayyidul Wujud, Sayyidina Muhammad Ibni Abdillah Sallallahu Alaihi Wa Sallam

Firman Allah

QS. Yunus Ayat 58

قُلْ بِفَضْلِ اللّٰهِ وَبِرَحْمَتِهٖ فَبِذٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوْاۗ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُوْنَ

58. Katakanlah (Muhammad), “Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”

Telah berkata Syeikh Ma’ruf Al-Karkhi رضى الله عنه : “Sesiapa yang menyediakan makanan sempena majlis membaca Maulid Nabi ﷺ, mengumpulkan saudaranya, menyalakan lampu, memakai pakaian yang baru, memasang bau yang wangi dan memakai wangi-wangian kerana membesarkan kelahiran Nabi ﷺ
Nescaya Allah akan mengumpulkannya pada hari kiamat bersama kumpulan yang pertama di kalangan Nabi-Nabi dan adalah dia berada di syurga yang teratas (Illiyyin).”

MENGENAL, PANGKAL BAHAGIA

Pendapat Al-Imam Agung Nashirus Sunnah Asy-Syafi’i Rahimahullah (wafat 204 H). Beliau menuturkan bahwa peringatan Maulid Nabi dilakukan dengan berjamaah dan disediakan makanan sebagai rasa cinta kepada Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam, serta beliau juga menuturkan keutamaan orang yang memperingatinya.

قال الشافعى رحمه الله من جمع لمولد النبى صلى الله عليه وسلم اخوانا وتهياء لهم طعاما وعملا حسانا بعثه الله يوم القيامة مع الصديقين والشهداء والصالحين

“Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata, “barangsiapa yang mengumpulkan orang untuk melaksanakan perayaan Maulid Nabi (صلى الله عليه وسلم) karena kecintaan (ikhwanan) secara berjama’ah dengan menyediakan makanan dan berlaku baik, niscaya Allah bangkitkan di hari kiamat beserta para ahli kebenaran, syuhada dan para shalihin”.

Allahu musta'an Sollu Alan Nabiy

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



















MAWLID AGUNG ALAM MELAYU 2022*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ الرَّحِيْمِ* *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*Sem...
16/10/2022

MAWLID AGUNG ALAM MELAYU 2022

*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ الرَّحِيْمِ*

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Sempena GENDERANG 1000 PENDEKAR & HAUL PERANG MUSUH BISIK.

JUMAAT 21 OKTOBER 2022
MAGHRIB HINGGA SELESAI
MUZIUM KOTA KUALA KEDAH, ALOR STAR

MENGGEMA KALBU ANAK NEGERI...
Bertamu di halaman rindu. khazanah tetua tidak pernah luntur..memanggil lembut sekalian anak cucu mendakap kembali amanat leluhur, jangan sesekali undur. kenal diri mengenal Tuhan, kenal bangsa mengisi peranan. Takkan sia sia dan percuma bangsa ini ditempatkan di belahan timur hujung di hujung zaman..

MAWLID AGUNG ALAM MELAYU, SEBUAH IKHTIAR PENGHAYATAN..

Tiada yang remeh segalanya Nabi, Baginda cahaya Yang menghidupkan pelita padam,
Berhimpon sekalian anak negeri, Menjemput rahmat ke seluruh alam..

Dekat jauh tiada berjarak,
Berbenang emas kasih disulam, RabiulAwwal langkah semarak, Menjabat salam Ruhul alam.

Kasihnya Baginda tiada terperi, Indah berbudi, gemilang bistari, Menjemput hurmat anak negeri, Bersama semajlis di Mawlid Nabi..

Setiap Yang hader adalah Ahli Majlis, Ahli qasidah, munsyid sejati, tiada yang dipertonton, tiada Yang menonton, tiada yang mempersembah, tiada yang dipersembah, tidak ada Yang namanya persembahan, melainkan ikhtiar penghayatan, sekalian anak negeri, satu gerak, satu jiwa, walau di dalam keragaman dan kemeriahan warna dan lambang, pelbagai sepanduk atau pertubuhan..
Sama² Semajlis Mengenang detik dan saat Agung, kelahiran Baginda Nabi, Di muka alam dengan penuh kesyukuran Dan kegembiraan.. hanya kesedaran hati sajalah Yang merasai kehadiran atau kehilangan... dipanggil datang, ditinggal pergi..

Wallahua'lam

JADWAL MAJLIS MAWLID AGUNG ALAM MELAYU RABIUL AWWAL 1444 H

21 Oktober 2022 [Jumaat] 24 Rabiul Awwal 1444H
MAWLID AGUNG ALAM MELAYU SEMPENA GENDERANG 1000 PENDEKAR
FESTIVAL KOTA KUALA KEDAH
•Perkarangan Muzium Kota Kuala Kedah
•5 ptg - 12.00 tgh malam •Perarakan Mawlid Beristiadat & Berbusana, Tahlil, Munajat, Mawlid.

Ada rejeki, ada umur, ada IjinNya berimpon sekalian kita anak negeri bersama semajlis..

Biiznillah...Allahu Musta’an Sollu Alan Nabiy..

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

❤️💜❤️💜❤️💜❤️💜❤️💜❤️💜

Ratib Alami
Khadim Majlis : 0126803971
MAWLID AGUNG ALAM MELAYU
RABIUL AWWAL 1444H

Pendaftaran Kehadiran
https://pekeris.onpay.my/order/form/k05





















08/10/2022

*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ الرَّحِيْمِ*

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

*BERSELAWAT DI KEHENINGAN MALAM MENJELANG KELAHIRAN BAGINDA, RAHMAT MENJELMA MENJENGOK ALAM SEMESTA...*

Bahkan malam kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah malam yang paling istimewa sekali berbanding dengan sebarang malam yang lain sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-Imam Ibrohim al-Bajuriyy seperti berikut:

وَأَفْضَلُ اللَّيَالِى عَلَى الْإِطْلَاقِ.. لَيْلَةُ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ؛ لِمَا تَرَتَّبَ عَلَى ظُهُورِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ فِيهَا مِنَ النَّفْعِ الْعَمِيمِ وَالْخَيْرِ الْعَظِيمِ

yang bermaksud: *“Seafdal-afdal malam secara mutlak adalah malam kelahiran yang mulia disebabkan apa yang telah berlaku berikutan dengan kemunculan baginda Sallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wasallam pada malam tersebut berupa manfaat yang menyeluruh dan kebaikan yang agung”.*

Telah datang 'cahaya' yang terang, terangnya sehingga menerangi kegelapan hati² Ajam serta seluruh Alam. Bersama penduduk bumi yang merindui.

Alangkah tidak dapat dibendung akan rasa yang mendalam.

Damailah hati bila 'cahaya' terang itu datang. Telah nyata akan Rahmat Kasih Sayang Nya hadir. Telah nyata jelas dan terang bahawa 'cahaya' keindahan itu telah datang.

Beruntung yang dapat disirami akan kelembutan 'cahaya' halus, cahaya diatas segala cahaya. Sehingga hilang kegelapan.

Kehadiran Baginda mententeramkan hati yang keresahan menggembirakan bagi yang kesedihan, menghilangkan kegusaran. Maka damailah mereka yang berselisih dan berdendam.

Segalanya bagai terhenti demi menyaksikan akan keindahan yang datang - engkaulah duhai Baginda Nabi sollalahu ala sayyidina Muhammad.

يَارَبِّ بِالْمُطَفَى بَلِّغْ مَقَا صِدَنَا
وَاغْفِرْلَنَا مَامَضَى يَاوَاسِعَ الْكَرَمِ

Wahai Tuhanku, berkat al-Musthofa, sampaikanlah tujuan kami mencari redhamu, Dan ampunilah kami dari segala apa yang telah lalu, wahai yang Maha luas Kemurahan Nya.

*اللهم صل على سيدنا محمّد وعلى آله وصحبه وسلم💚*










Address

Sungai Petani

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ALAMi Nusantara Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share